Xiaomi Civi 2 memiliki rekaan skrin seperti iPhone 14 Pro Series
Xiaomi telah mengesahkan bahawa Xiaomi Civi 2 akan dilancarkan secara rasmi pada 27 September ini.
Xiaomi Civi 2 adalah sebuah telefon pintar yang akan tampil dengan reka bentuk yang nipis iaitu hanya 7.23mm dengan berat 171.8 gram.
Apa yang menarik adalah, gambar rasmi Xiaomi Civi 2 memperlihatkan reka bentuk takuk skrin telefon pintar ini yang kelihatan mirip iPhone 14 Pro Series.
Apple iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max menjadi model iPhone pertama sejak iPhone X untuk tampil rekaan takuk yang berbeza iaitu berbentuk pil yang diberi nama Dynamic Island.
Walaupun takuk berbentuk pil bukan sesuatu yang asing pada peranti Android, ini adalah kali pertama ianya diletakkan dibahagian tengah skrin yang pasti dikaitkan dengan iPhone 14 Pro Series yang dilancarkan baru-baru ini.
Selain itu, laporan sebelum ini juga menyebut bahawa pembangun MIUI juga sedang berusaha membangun ciri notifikasi sama seperti Dynamic Island dan ianya mungkin membuat ditawarkan pada Xiaomi Civi 2.
Redmi K60 dilaporkan akan tampil dengan sistem notifikasi seperti Dynamic Island
Segala persoalan mengenai Xiaomi Civi 2 akan terjawab didalam masa beberapa hari sahaja lagi.