iQOO Z6 Lite kini rasmi – telefon pintar pertama didunia dengan cip Snapdragon 4 Gen 1
iQOO secara rasminya telah melancarkan telefon pintar iQOO Z6 Lite yang merupakan telefon pintar pertama didunia dengan cip Snapdragon 4 Gen 1.
Cip Snapdragon 4 Gen 1 yang digunakan pada iQOO Z6 Lite ini adalah jenis 6nm yang menawarkan kelajuan sehingga 2GHz, sokongan 5G dan prestasi CPU 18% lebih pantas berbanding cip Snapdragon 400 series.
iQOO Z6 Lite memiliki skrin paparan IPS LCD berukuran 6.58-inci dengan kadar segar semula 120Hz, 4GB atau 6GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB.
iQOO Z6 Lite juga tampil dengan sensor utama 50MP denga eye autofocus dan sensor makro 2MP. kamera selfie adalah 8MP.
Selain itu, iQOO Z6 Lite juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan 18W, sistem penyejukan 4 komponen dan dua kemaskini Android.
iQOO Z6 Lite akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Mystic Night dan Stellar Green pada harga dari INR 13,999 (RM 798).