Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus umum lanjutan polisi waranti eksklusif bagi telefon pintar OnePlus yang terpilih

OnePlus umum lanjutan polisi waranti eksklusif bagi telefon pintar OnePlus yang terpilih 7

OnePlus telah mengumumkan lanjutan waranti eksklusif yang akan memberi manfaat kepada semua pengguna telefon pintar OnePlus sedia ada di Malaysia.

Waranti eksklusif ini pada mulanya ditawarkan dari 15 Julai hingga 15 September ini namun ianya kini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2022.

Program ini membolehkan pengguna telefon pintar OnePlus menikmatiĀ  lanjutan waranti eksklusif bagi telefon pintar OnePlus yang terpilih iaitu OnePlus 8, OnePlus 8 Pro, OnePlus 8T, OnePlus 9, OnePlus 9 Pro, OnePlus 9R, OnePlus 10 Pro, OnePlus N10, OnePlus N100, OnePlus Nord 1, OnePlus Nord 2, OnePlus Nord CE, dan OnePlus Nord CE 2.

Pemiliki telefon pintar OnePlus yang disenaraikan di atas boleh menikmati sokongan pelanggan pelbagai peringkat OnePlus melalui polisi lanjutan waranti eksklusifnya.

Dalam tempoh ini, pengguna OnePlus boleh melawati dua pusat perkhidmatan rasmi baharu untuk membaiki telefon pintar mereka.

Sebagai alternatif, mereka juga boleh pergi terus ke mana-mana kedai OnePlus yang mengambil bahagian untuk menikmati perkhidmatan pembaikan melalui pos (peranti akan dihantar ke pusat servis untuk pembaikan).

Satu lagi kaedah pembaikan yang boleh digunakan adalah pilihan perkhidmatan pembaikan pos sendiri, di mana mereka boleh menghantar telefon pintar mereka ke 1 pusat servis sah OnePlus , dengan bayaran penghantaran ditanggung oleh pengguna.

Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan pembaikan pos sendiri boleh didapati di SINI.

maklumat lanjut mengenai polisi waranti ini di SINI

OnePlus umum lanjutan polisi waranti eksklusif bagi telefon pintar OnePlus yang terpilih 8

Dalam pada itu, terdapat juga aktiviti komuniti di mana hadiah mungkin dimenangi. Pengguna boleh melihat aktiviti Unboxing dan Win yang akan datang, di mana mereka berpeluang memenangi kotak hadiah eksklusif OnePlus dengan memuatnaik video atau gambar unboxing OnePlus 10T 5G.

OnePlus umum lanjutan polisi waranti eksklusif bagi telefon pintar OnePlus yang terpilih 9

kotak hadiah yang bernilai lebih RM 500 ini terdiri daripada sepasang OnePlus Nord Buds, dan dua case OnePlus 10T 5GĀ  .

Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati: https://community.oneplus.com/thread?id=1145852308857815047.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.