Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jumlah pengguna iPhone yang beralih ke iOS 16 adalah lebih pantas berbanding iOS 15

Menurut laporan terbaru daripada Mixpanel, pengguna iPhone telah beralih ke iOS 16 lebih cepat berbanding pengguna yang beralih ke iOS 15 didalam tiga hari pertama selepas ianya ditawarkan.

Didalam 24 jam pertama selepas kemaskini iOS 16 ditawarkan, 6.71% pengguna iPhone telah mengemaskini ke sistem operasi terbaru ini berbanding 6.48% pengguna yang mengemaskini iOS 15 didalam masa 24 jam pertama.

Selepas tiga hari sejak iOS 16 ditawarkan, sebanyak 10.45% pengguna iPhone telah beralih ke iOS 16 berbanding hanya 9.68% pengguna yang beralih ke iOS 15 didalam masa 3 hari pertama.

Setakat ini, sebanyak 13.53% pengguna iPhone telah beralih ke iOS 16 manakala 77.59% pengguna iPhone masih kekal pada iOS 15 dan 8.88% pengguna iPhone pada iOS 14 dan ke bawah.

Apple iOS 16 hadir dengan beberapa ciri baharu seperti lock screen baharu, ciri iMessage dan SharePlay yang menarik dan banyak lagi.

ketahui ciri menarikĀ Apple iOS 16

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.