Xiaomi Civi 2 dengan cip Snapdragon 7 Gen 1 mungkin dilancarkan bulan hadapan
Xiaomi dilaporkan bakal melancarkan Xiaomi Civi 2 dan perkara ini juga telah disahkan secara tidak langsung oleh pengurus produk Xiaomi.
Xiaomi Civi 2 adalah model yang ditawarkan secara eksklusif di China dan ianya dikatakan akan dilancarkan secara rasmi bulan hadapan dengan cip Snapdragon 7 Gen 1 yang baru sahaja diperkenalkan.
Selain itu, telefon pintar ini juga dikatakan akan hadir dengan skrin paparan OLED 120Hz berukuran 6.56-inci, RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB jenis UFS 3.1. Ianya akan turut dilengkapi bateri berkapasiti 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W.
Bercakap mengenai kamera, Xiaomi Civi 2 akan memiliki sensor utama 50MP dengan OIS, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.