Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Flip4 Bespoke Edition – warnakan telefon pintar anda mengikut gaya dan citarasa tersendiri

Samsung Galaxy Z Flip4 Bespoke Edition - warnakan telefon pintar anda mengikut gaya dan citarasa tersendiri 7

Samsung Galaxy Z Flip4 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga dari RM 4,099 dan telefon pintar ini merupakan model foldable Samsung yang popular dikalangan pengguna telefon pintar tempatan.

Lebih menarik, SamsungĀ  juga telah mengumumkan penawaran Samsung Galaxy Z Flip4 Bespoke Edition di Malaysia yang memberikan anda kebebasan untuk memilih warna Samsung Galaxy Z Flip4 mengikut citarasa anda.

Samsung Bespoke Studio membolehkan anda memilih warna panel belakang, warna panel hadapan dan warna rangka Galaxy Z Flip4 mengikut kreativiti anda yang mana terdapat 75 kombinasi berlainan yang memastikan telefon pintar anda sentiasa menonjol dan menarik perhatian.

Samsung Galaxy Z Flip4 Bespoke Edition - warnakan telefon pintar anda mengikut gaya dan citarasa tersendiri 8

Samsung Galaxy Z Flip4 Bespoke Edition menawarkan anda 3 pilihan warna chasis iaitu silver, gold dan black. 5 pilihan warna bagi panel hadapan dan panel belakang iaitu yellow, white, navy, khaki dan red.

Samsung Galaxy Z Flip4 Bespoke Edition - warnakan telefon pintar anda mengikut gaya dan citarasa tersendiri 9

Berikut adalah langkah-langkah untuk anda mereka bentuk Samsung Galaxy Z Flip4 Bespoke Edition idaman anda.

  1. Kunjungi halaman Samsung Galaxy Z Flip4 Bespoke Studio dan klik pada ‘Design Your Style’ untuk memasuki Studio Bespoke.
  2. Di Studio Bespoke, kanvas anda akan menampilkan templat Galaxy Z Flip4 dengan butang untuk anda memilih warna untuk panel depan dan belakang serta bingkai. Kini peluang anda untuk meneroka dan bereksperimen dengan pelbagai gabungan warna. Untuk inspirasi, anda boleh merujuk pada tab ‘Reka bentuk popular’ untuk melihat kombinasi yang dicari.
  3. Setelah anda mereka bentuk telefon Galaxy Z Flip4 Bespoke anda, klik pada ‘Selesai’. ‘PANDANGAN 360Ā°’, di penjuru kiri sebelah atas, membolehkan anda berinteraksi dengan reka bentuk anda yang kaya dengan terperinci. Ikon ‘Hati’ di penjuru kanan sebelah atas membolehkan anda menyimpan rekaan unik anda.
  4. Sebaik sahaja anda telah memilih kombinasi pilihan anda, klik pada ‘pra-tempah sekarang’ dan anda akan dibawa kembali ke halaman pra-tempahan

*Klik pada butang shuffle untuk meneroka kesemua 75 kombinasi!

Memandangkan setiap Samsung Galaxy Z Flip4 Bespoke Edition ini adalah unik, tempahan anda dijangka akan mengambil masa 3-4 minggu untuk disiapkan.

Samsung Galaxy Z Flip4 Bespoke Edition (256GB) kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 4,599

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.