Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo V25 Pro 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 20 September ini


Vivo Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa vivo V25 Pro 5G akan dilancarkan di pasaran tempatan pada 20 September ini.

vivo V25 Pro 5G tiba ke pasaran Malaysia selepas vivo V25 5G dan vivo V25e bulan lalu iaitu masing-masing pada harga RM 1,799 dan RM 1,399.

vivo V25 Pro adalah model paling premium didalam vivo V25 Series dan ianya tampil dengan spesifikasi yang cukup mengagumkan.

vivo V25 Pro 5G akan hadir dengan skrin paparan AMOLED FHD+ berukuran 6.56-inci yang memiliki kadar segar semula 120Hz, cip MediaTek Dimensity 1300, 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Selain itu, vivo V25 Pro 5G ini juga akan memiliki sensor utama 64MP dengan OIS, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. kamera selfie adalah sensor 32MP.

Seterusnya, vivo V25 Pro 5G juga memiliki bateri berkapasiti 4,830mAh yang disertakan bersama pengecasan 66W FlashCharge, FunTouchOS 12 dan mempunyai panel belakang berubah warna.

Buat masa ini maklumat harga vivo V25 Pro 5G ini masih belum diumumkan.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.