Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Semua model Apple iPhone 14 Series disahkan memiliki 6GB RAM

Pelancaran Apple iPhone 14 Series beberapa hari lalu telah menyaksikan syarikat ini memperkenalkan 4 model iaitu iPhone 14, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max.

Seperti biasa, Apple tidak mendedahkan kapasiti RAM yang digunakan pada generasi iPhone kali ini namun XCode beta mendedahkan kesemua model iPhone 14 Series kini hadir dengan 6GB RAM.

Kapasiti Bateri Apple iPhone 14 Series telah didedahkan

ini adalah kali pertama sejak pada iPhone 11 untuk Apple menggunakan kapasiti RAM yang sama pada semua model iPhone.

Walaubagaimanapun, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Apple iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max memiliki RAM jenis LPDDR5 manakala iPhone 14 dan iPhone 14 Plus memiliki RAM jenis LPDDR4X namun laporan XCode ini tidak mendedahkan jenis RAM yang digunakan.

Apple iPhone 14 Series akan dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia pada 16 September ini manakala jualan rasmi akan bermula 7 hari kemudian.

Ketahui harga jualan iPhone 14, iPhone 14 Plus , iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max di Malaysia

Apple iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max akan ditawarkan pada harga dari RM 5,299 – tempahan bermula 16 September

Apple iPhone 14 dan iPhone 14 Plus akan ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 4,199 – tempahan mulai 16 September

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.