Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A13 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,099

Samsung Galaxy A13 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,099 9

Samsung Malaysia telah mengumumkan penawaran Samsung Galaxy A13 5G untuk pasaran tempatan pada harga RM 1,099 sahaja.

Samsung Galaxy A13 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,099 10

Samsung Galaxy A13 5G hadir dengan skrin paparan Infinity-V TFT LCD 90Hz berukuran 6.5-inci dengan resolusi HD+ dan ianya juga disertakan bersama pembesar suara Dolby Atmos.

Menguasakan telefon pintar 5G entry-level terbaru didalam Galaxy A Series ini adalah cip octa-core MediaTek Dimensity 700, 4GB RAM dan 64GB storan dalaman.

Samsung Galaxy A13 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,099 11

Selain itu, Samsung Galaxy A13 5G juga dilengkapi sensor utama 50MP bersama sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 5MP.

Beralih kepada bateri, Samsung Galaxy A13 5G tampil dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 15W.

Samsung Galaxy A13 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,099 12

Samsung Galaxy A13 5G ditawarkan didalam tiga warna iaitu Light Blue, Black dan Orange pada harga RM 1,099.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.