Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Setel perkenal ciri ‘One-Tap Fuelling’ – isian minyak dengan lebih mudah

Setel telah menaik taraf pengalaman mengisi petrol buat para pengguna kenderaan di Malaysia dengan fungsi ‘One-Tap Fuelling’ yang membolehkan pengguna mengaktifkan pam petrol dengan satu sentuhan sahaja di mana-mana stesen PETRONAS seluruh negara, lalu mengisi petrol dan meraih mata ganjaran Mesra.

Ciri  pertama seumpama ini kini disediakan  untuk 1,000 pengguna Setel pertama yang berdaftar di seluruh negara, dan akan diperluaskan secara berperingkat sepanjang dua bulan yang akan datang.

Pengguna Setel yang berminat juga boleh mendapatkan akses awal dengan memuat naik halaman “Dah Setel So Far” masing-masing dalam bentuk Instagram Story atau Tweet dengan kapsyen: “I want One-Tap Fuelling now”, di samping men-tag @setel dan sertakan tanda pagar #SetelOneTapFuelling.

Mulai hari ini hingga 4 Oktober 2022, pengguna Setel juga berpeluang memenangi kotak hadiah edisi terhad oleh Setel apabila mereka memuat naik video mereka yang paling kreatif di Instagram atau Twitter yang menunjukkan pengalaman mereka menggunakan fungsi ‘One-Tap Fuelling’, berserta dengan tag @setel dan tanda pagar #SetelOneTapFuelling. 

Melalui fungsi tersebut, pengguna Setel dapat menetapkan kuantiti petrolyang ingin diisi – mengikut liter atau tangki penuh, di laman ‘Keutamaan’ semasa mengkonfigurasi fungsi ‘One-Tap Fuelling’. Pengguna juga boleh menetapkan kaedah pembayaran pilihan masing-masing; yang termasuk CardTerus untuk pembayaran terus atau melalui kad debit atau kredit, serta Setel Share, iaitu kemudahan yang membolehkan pengguna berkongsi Setel Wallet atau CardTerus mereka dengan dua individu lain bagi membuat bayaran sambil bersama-sama meraih mata ganjaran Mesra.

Muat turun versi aplikasi Setel yang terkini secara percuma di iOS dan Android melalui Apple Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery. Untuk maklumat lanjut mengenai Setel, sila layari https://www.setel.com/.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.