HONOR 70 kini ditawarkan pada harga serendah RM 99 melalui pelan pasca bayar Maxis
HONOR Malaysia telah berkerjasama dengan syarikat telekomunikasi Maxis untuk membolehkan anda memiliki HONOR 70 melalui pelan kontrak biasa 24 bulan atau pelan Maxis Zerolution dengan ansuran bulanan sehingga 36 bulan.
Pelanggan yang membuat pembelian sepanjang tempoh ini juga layak membawa pulang hadiah bernilai RM 298, termasuk sarung HONOR 70 dan lanjutan jaminan 1 tahun (yang boleh ditebus oleh pelanggan melalui aplikasi My HONOR).
Dapatkan HONOR 70 pada hanya RM 99 atau RM10/bulan dengan pelan Pasca Bayar Maxis
HONOR 70 boleh dimiliki pada harga RM 99 sahaja apabila pelanggan mendaftar pelan Pasca Bayar Maxis 188.
Selain itu, HONOR 70 juga boleh didapati melalui pelan ansuran bulanan Maxis Zerolution bermula dari RM10/bulan.
Maklumat penuh boleh didapati di laman sesawang Maxis atau singgah ke kedai Maxis berhampiran anda.
Maklumat lanjut di: https://store.maxis.com.my/productdetails/category/mobiles/honor/70-5g
Sebelum membeli, anda baiknya anda membaca ULASAN: HONOR 70 – Fotografi terbaik dengan sensor 54MP IMX 800