Apple Watch Pro bakal dilancarkan pada 7 September ini
Apple telah mengesahkan pelancaran generasi iPhone yang baharu akan berlangsung pada 7 September ini dan ianya juga dijangka akan turut menjadi pentas kepada pelancaran jam pintar terbaru syarikat ini.
Apple sahkan pelancaran iPhone 14 Series akan berlangsung pada 7 September
Walaubagaimanapun, jam pintar yang akan dilancarkan ini adalah berbeza berbanding Apple Watch yang biasa kerana ianya adalah lebih premium, reka bentuk berlainan dan paparan lebih besar.
Jam pintar Apple ini dijangka akan dikenali sebagai Apple Watch Pro dan terdapat dakwaan dari sumber dalaman yang mengatakan ianya akan tampil dengan panel skrin rata dengan sisi melengkung pada sisi rata yang mungkin mirip reka bentuk iPhone yang terbaru.
Dalam pada itu, rangka Apple Watch Pro dijangka mempunyai ukuran 47mm yang menempatkan skrin paparan 1.99-inci, lebih besar berbanding skrin 1.77-inci yang digunakan pada Apple Watch Series 7.
Segala persoalan mengenai Apple Watch Pro bakal terjawab minggu hadapan.