Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo V25 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,799

vivo secara rasminya telah melancarkan vivo V25 5G untuk pasaran Malaysia pada harga RM 1,799.

vivo V25 5G tampil dengan reka bentuk panel belakang gelas yang berubah warna dan ianya memiliki skrin paparan 90Hz OLED berukuran 6.44-inci dengan resolusi FHD+ dan kecerahan maksima 1300nits.

vivo V25 dijana cip MediaTek Dimensity 900, 8GB RAM + Extended RAM 3.0, storan dalaman 256GB dan antaramuka FunTouch OS 12.

Beralih kepada kamera, vivo V25 memiliki sensor utama 64MP yang memiliki OIS, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 2MP dan kamera selfie 50MP dengan pemfokusan auto.

Seterusnya, vivo V25 juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 44W FlashCharge dan ianya ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu Aquamarine Blue, Diamond Black dan Sunrise Golf.

vivo V25 5G kini ditawarkan pada harga RM 1,799 dan pra-tempahan kini dibuka sehingga 2 September ini dengan setiap pra-tempahan akan menerima beg galas kulit V25 Series, satu tahun lanjutan waranti dan Google Play Gift Card bernilai RM 20.

Pra-tempah vivo V25 di vivo eStore

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.