Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Acer Chromebook Vero 514 kini rasmi dengan penggunaan bahan kitar semula

Acer secara rasminya telah melancarkan komputer riba Acer Chromebook Vero 514 yang merupakan Chromebook pertama dalam barisan peranti Vero yang mementingkan kelestarian alam sekitar yang mencerminkan komitmen syarikat.

Chromebook Acer Vero 514 (CBV514-1H/T) diperbuat daripada bahan kitar semula pada kebanyakkan komponen produk yang termasuk 30% plastik kitar semula (PCR) pada rangka, 50% plastik PCR pada butang papan kekunci, 100% plastik lautan pada permukaan pad sentuh dan pembungkusan kertas yang 90% dikitar semula.

Komputer riba Acer Chromebook Vero 514 adalah sangat mudah untuk dibaiki dan dinaiktaraf (memori dan RAM) untuk memastikan jangka hayat produk yang lebih lama.

Acer Chromebook Vero 514 tampil dengan skrin paparan 1080p berukuran 14.0-inci yang dilapisi gelas Corning Gorilla Glass, kecerahan maksima 300nits dan 100% liputan warna sRGB.

Selain itu, komputer riba Acer Chromebook Vero 514 ini dijana cip Intel Core generasi ke-12, sehingga 16GB RAM LPDDR4X, storan dalaman sehingga 512GB jenis M.2 PCIe Gen4x4 NVMe SSD1, grafik Intel Iris Xe.

Bercakap mengenai bateri, komputer riba ini menawarkan 10 jam jangka hayat bateri bersama teknologi pengecasan pantas yang mampu menawarkan 5 jam penggunaan dengan pengecasan 30 minit sahaja.

Selain itu, Acer Chromebook Vero 514 juga memiliki slot I/O dua slot USB Type-C, satu slot USB 3.2 Type-A dan slot HDMI serta sokongan Wi-Fi 6E.

Acer Chromebook Vero 514 akan ditawarkan mulai bulan November pada harga $499.99 atau sekitar RM 2,242.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.