Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Watch 3 kini di Malaysia pada harga promosi serendah RM 199 sahaja

Seperti yang diumumkan sebelum ini, realme telah melancarkan realme Watch 3 di Malaysia bersama-sama realme GT Neo 3T sempena realme 828 Fans Festival.

realme Watch 3 adalah jam pintar terbaru realme yang tampil dengan skrin papara  berukuran 1.8-inci yang mempunyai kecerahan maksima 500nits dan permukaan yang melengkung serta lebih 100+ reka bentuk Watch Faces.

realme Watch 3 juga menampilkan pelbagai metrik kesihatan seperti bacaan kadar degupan jantung, bacaan SpO2 dan kualiti tidur serta lebih 110+ aktiviti kecergasan.

realme Watch 3 juga menyokong panggilan Bluetooth dan akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Black dan Gray.

realme Watch 3 akan ditawarkan pada harga RM 259 namun ianya boleh dimiliki pada harga promosi RM 199 dari 23 hingga 25 Ogos 2022 secara eksklusif di Shopee.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.