Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT Neo 3T kini rasmi di Malaysia pada harga promosi dari RM 1,599

realme secara rasminya telah melancarkan realme GT Neo 3T di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,799.

realme GT Neo 3T tampil dengan reka bentuk berinspirasikan bendera perlumbaan yang ditawarkan didalam dua warna iaitu kuning dan putih manakala warna hitam hadir dengan kemasan biasa.

realme GT Neo 3T hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.7-inci yang mempunyai resolusi FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz.

Selain itu, realme GT Neo 3T hadir dengan cip Snapdragon 870 yang disertakan bersama 8GB RAM  storan dalaman iaitu 128GB. Ianya turut disertakan dengan realme UI 3.0 yang berasaskan Android 12.

Selain itu, realme GT Neo 3T juga memiliki sensor 64MP dan ianya juga disertakan dengan sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

realme GT Neo 3T juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dan ianya  disertakan dengan pengecasan pantas 80W yang membolehkan pengecasan penuh dilakukan didalam masa 32 minit sahaja.

realme GT Neo 3T akan ditawarkan mulai 23 hingga 25 Ogos ini pada harga istimewa RM 1,599 dan 200 pembeli pertama akan turut menerima realme Watch 3 secara  percuma dengan pembelian di Shopee.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.