Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Mate 50 Series akan dilancarkan pada 6 September ini

HUAWEI Mate 50 Series akan dilancarkan pada 6 September ini 3

HUAWEI secara rasminya telah mengesahkan pelancaran telefon pintar flagship terbaru mereka iaitu HUAWEI Mate 50 Series pada 6 September ini.

HUAWEI Mate 50 Series dijangka akan mempunyai 4 model iaitu Mate 50E, Mate 50, Mate 50 Pro dan Mate 50 Porsche Design RS.

Selain itu, pelancaran Mate 50 Series juga akan turut menjadi pentas untuk syarikat ini memperkenalkan teknologi enjin imej XMage sebagai pengganti kepada teknologi fotografi Leica.

Selain HUAWEI Mate 50 Series, HUAWEI mungkin turut memperkenalkan tablet HUAWEI Mate Pro dengan saiz skrin 12.4-inci.

HUAWEI Mate 50 Series dijangka akan memasuki pasaran global tidak lama selepas itu.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.