OPPO Reno8 Z 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 25 Ogos ini
OPPO secara rasminya telah mengesahkan bahawa OPPO Reno8 Z 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 25 Ogos ini.
OPPO Reno8 Z 5G tampil dengan rekaan yang sama seperti Reno8 Series yang lain yang menerapkan reka bentuk OPPO Glow dan lampu dual orbit light.
Beralih kepada skrin, OPPO Reno8 Z 5G dijangka hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.43-inci yang mempunyai resolusi FHD+ dengan lubang punch-hole yang menempatkan kamera selfie 16MP.
Ke bahagian dalaman, OPPO Reno8 Z 5G akan tampil dengan cip daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 695 5G dan ianya juga dipadankan dengan 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.
Pada bahagian kamera, OPPO Reno8 Z 5G memiliki sensor utama 64MP, sensor monokrom 2MP dan sensor makro 2MP. tiada MariSilicon X seperti pada Reno8 dan Reno8 Pro.
Selain itu, OPPO Reno8 Z 5G juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 33W SUPERVOOC yang memberikan pengecasan pantas didalam masa 63 minit sahaja.
Lain-lain spesifikasi OPPO Reno8 Z 5G adalah ColorOS 12.1, pensijilan TÜV SÜD 36-Month Fluency Rating A, kalis rintangan air IPX4, Omoji, dan AirGesture.
OPPO Reno8 Z 5G bakal ditawarkan didalam dua warna iaitu Dawnlight Gold dan Starlight
Segala maklumat jualan dan harga OPPO Reno8 Z 5G di Malaysia akan diumumkan secara rasmi pada 25 Ogos ini.