Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Reno8 Pro 5G – Telefon pintar yang harus dimiliki untuk memenuhi keperluan gaming dan prestasi cemerlang sepanjang masa

 OPPO Reno8 Pro5G – Telefon pintar yang harus dimiliki untuk memenuhi keperluan gaming dan prestasi cemerlang sepanjang masaOPPO Reno8 Pro 5G - Telefon pintar yang harus dimiliki untuk memenuhi keperluan gaming dan prestasi cemerlang sepanjang masa 23

Siri OPPO Reno8 5G telah mula ditawarkan secara rasmi di Malaysia dan OPPO Reno8 Pro 5G boleh dikategorikan sebagai peranti midrange premium yang menjadi idaman semua.

OPPO Reno8 Pro 5G bukan hanya mempunyai potensi untuk menawarkan teknologi kamera terbaik kepada pengguna malah mampu menawarkan prestasi yang lebih memuaskan dan pengguna juga diberikan keistimewaan ekosistem OPPO yang membolehkannya diguna bersama tablet OPPO Pad Air yang juga baru dilancarkan.

OPPO Reno8 Pro 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,499 yang mungkin agak tinggi bagi semua telefon pintar midrange namun harus kami maklumkan kepada anda bahawa OPPO Reno8 Pro 5G dijual sebagai OPPO Reno8 Pro+ 5G di pasaran China kerana ianya mempunyai spesfikasi yang setaraf kepada kebanyakkan telefon pintar flaghsip dipasaran.

kami akan memberikan anda sebab kenapa telefon pintar ini mempunyai potensi melebihi kebanyakkan telefon pintar kelas midrange lain dipasaran. 

OPPO Reno8 Pro 5G - Telefon pintar yang harus dimiliki untuk memenuhi keperluan gaming dan prestasi cemerlang sepanjang masa 24
Pengecasan 80W SuperVOOC

Pengecasan pantas 80W SuperVOOC dan pensijilan Tüv Rheinland Safe Fast-Charge System.

Kemajuan kejuruteraan OPPO membolehkan OPPO menawarkan OPPO Reno8 Pro 5G dengan teknologi pengecasan pantas setaraf peranti flagship iaitu 80W SUPERVOOC yang membolehkan bateri telefon pintar ini dicas penuh didalam masa 28 minit sahaja dan peminat gaming juga pasti gembira untuk mengetahui bahawa 5 minit pengecasan bermaksud anda boleh menikmati tambahan 2 jam permainan video kegemaran anda.Bukan itu sahaja, ia disertakan dengan bateri berkapasiti 4,500mAh walaupun telefon pintar ini tampil dengan reka bentuk yang sangat nipis nipis.

Selain itu, pengecasan pantas OPPO Reno8 Pro 5G juga terbukti selamat untuk pengguna dimana ianya telah menerima pensijilan TÜV Rheinland Safe Fast-Charge System dengan 5 tahap perlindungan pengecasan yang memastikan pengguna tidak menghadapi sebarang masalah bateri yang sering terjadi termasuk isu bateri ‘kembung’.

OPPO Reno8 Pro 5G - Telefon pintar yang harus dimiliki untuk memenuhi keperluan gaming dan prestasi cemerlang sepanjang masa 25

Skrin paparan 120Hz AMOLED yang menyokong tetapan Super 90Hz pada permainan PUBGM dan 1000Hz Touch Sampling Rate untuk PUBGM dan LOLM 

Jika kebanyakkan telefon pintar midrange dipasaran tampil dengan skrin paparan 90Hz, OPPO meningkatkan penanda aras ini dengan menggunakan skrin paparan 120Hz AMOLED berukuran 6.7-inci.

Lebih menarik, OPPO Reno8 Pro 5G juga menjadi telefon pintar pertama Siri OPPO Reno  untuk tampil dengan sokongan tetapan Super 90Hz serta kadar tindak balas sentuhan 1000 Hz pada permainan PUBGM (kadar sentuhan tidak balas 1000Hz ini juga terpakai untuk permainan LOL).

Dalam pada itu, untuk pengalaman yang lebih realistik, OPPO Reno8 Pro juga dilengkapi tindak balas haptik linear motor X-axis yang memberikan kesan vibrasi didalam permainan video untuk pengguna menikmati gaming yang lebih imersif dan realistik.

OPPO Reno8 Pro 5G - Telefon pintar yang harus dimiliki untuk memenuhi keperluan gaming dan prestasi cemerlang sepanjang masa 26

Cip MediaTek Dimensity 8100-MAX yang menawarkan prestasi gred flagship

OPPO Reno8 Pro 5G menampilkan cip pemprosesan kelas flagship keluaran MediaTek iaitu Dimensity 8100-Max yang mampu menawarkan prestasi yang sangat konsisten dan menyelesaikan masalah kepanasan peranti yang biasa dihadapi kebanyakkan telefon pintar midrange ataupun flagship dipasaran.

OPPO Reno8 Pro 5G - Telefon pintar yang harus dimiliki untuk memenuhi keperluan gaming dan prestasi cemerlang sepanjang masa 27

Kolaborasi Berbilang Peranti dengan OPPO Pad Air 

Tahukah anda bahawa tablet pertama OPPO iaitu OPPO Pad Air kini telah ditawarkan di Malaysia? 

Sebagai sebuah peranti pelengkap kepada peranti utama, OPPO Pad Air memiliki ciri kolaborasi berbilang peranti yang efisien yang membolehkan ianya disambungkan ke OPPO Reno8 Pro 5G.

Ciri Multi-Screen Connect membolehkan pengguna bekerja dengan lancar antara telefon pintar dan tablet. Apabila dalam ekosistem pejabat berbilang skrin, anda boleh berinteraksi dengan telefon pintar pada tablet dan berkongsi fail,imej dan teks antara tablet dan telefon dengan lebih mudah.

OPPO Reno8 Pro 5G - Telefon pintar yang harus dimiliki untuk memenuhi keperluan gaming dan prestasi cemerlang sepanjang masa 28

Cip Pemprosesan Imej NPU MariSilicon X dengan Video 4K Ultra Malam

Kemajuan teknologi fotografi dan videografi pada OPPO Reno8 Pro adalah bertunjangkan cip MariSilicon X NPU yang dibangunkan sendiri oleh OPPO dan ini membolehkan anda menikmati pengalaman videografi yang dipertingkatkan terutamanya rakaman video pada waktu malam.

OPPO Reno8 Pro 5G - Telefon pintar yang harus dimiliki untuk memenuhi keperluan gaming dan prestasi cemerlang sepanjang masa 29OPPO Reno8 Pro 5G - Telefon pintar yang harus dimiliki untuk memenuhi keperluan gaming dan prestasi cemerlang sepanjang masa 30

Ini juga membolehkan OPPO Reno8 Pro 5G sebagai satu-satunya model didalam kelas harga ini untuk menawarkan rakaman video 4K Ultra Night dan video 4K Ultra HDR.

OPPO Reno8 Pro 5G - Telefon pintar yang harus dimiliki untuk memenuhi keperluan gaming dan prestasi cemerlang sepanjang masa 31

Selain itu, OPPO Reno8 Pro 5G memiliki sensor utama  50MP IMX766 yang digunakan pada kebanyakkan telefon pintar flagship di pasaran namun loncatan terbesar dari segi kualiti dan videografi adalah dengan penawaran NPU MariSilicon X.

OPPO Reno8 Pro 5G - Telefon pintar yang harus dimiliki untuk memenuhi keperluan gaming dan prestasi cemerlang sepanjang masa 32

Bercakap mengenai kamera selfie yang dimiliki OPPO Reno8 Pro, ianya adalah sensor IMX 709 yang dibangunkan oleh Sony dengan kerjasama OPPO dan ianya merupakan sensor yang tampil dengan pemfokusan auto untuk hasil potret malam yang terbaik dan lebih tulen.

OPPO Reno8 Pro 5G - Telefon pintar yang harus dimiliki untuk memenuhi keperluan gaming dan prestasi cemerlang sepanjang masa 33

Reka Bentuk Baharu dengan DNA Siri Reno 

Siri OPPO Reno8 5G tampil dengan reka bentuk terbaik yang pernah ditawarkan pada Siri Reno kerana ianya menampilkan rekaan yang sangat premium dari semua sudut.

OPPO Reno8 Pro 5G mempunyai ketebalan hanya 7.34mm dengan berat 183 gram yang menjadikanya model Reno yang paling nipis didalam sejarah peranti ini dan ketiadaan ‘Camera Bump’ juga memastikan penampilan peranti sentiasa kemas tanpa sebarang habuk dan kotoran berhampiran modul kamera.

Paling mencuri tumpuan adalah OPPO Reno8 Pro 5G didalam warna Glazed Green yang tampil elegan dengan keunikan warna yang amat jarang untuk dilihat pada telefon pintar lain dipasaran.

OPPO Reno8 Pro 5G - Telefon pintar yang harus dimiliki untuk memenuhi keperluan gaming dan prestasi cemerlang sepanjang masa 34

Dapatkan Siri OPPO Reno8 5G Sekarang & Nikmati Ganjaran Ahli Bernilai RM 888

OPPO Reno8 Pro 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,499 dan pembelian boleh dilakukan di kedai dalam talian rasmi OPPO dan stor rasmi OPPO di Lazada.

Dapatkan Siri OPPO Reno8 5G di Stor Atas Talian Rasmi OPPO

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.