Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 10T 5G akan ditawarkan pada harga RM 3,199 – pra-tempahan kini di buka

OnePlus Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa OnePlus 10T 5G akan ditawarkan pada harga RM 3,199.

Sehubungan dengan itu, OnePlus Malaysia juga telah membuka pra-tempahan bagi OnePlus 10T 5G dari 18 Ogos – 31 Ogos 2022.

Bagi pasaran Malaysia, OnePlus 10T 5G akan ditawarkan didalam warna Jade Green dengan 16GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Selain itu, tempoh pra-tempahan OnePlus 10T 5G ini adalah sesuatu yang tidak patut anda lepaskan kerana ianya akan tampil dengan ganjaran tambahan seperti 1 tahun waranti perlindungan skrin, 1 tahun tambahan waranti dan perlindungan kerosakan tambahan.

Dalam pada itu, OnePlus juga telah mengumumkan bahawa 25 pembeli pertama yang membuat pra-tempahan akan menerima kotak misteri yang mengandungi barang-barang OnePlus, baucar eksklusif atau OnePlus Nord CE 2 Lite 5G yang bernilai RM 1,299.

Pra-tempahan OnePlus 10T 5G kini boleh dilakukan di stor rasmi OnePlus di Shopee dan Lazada.

Bagi pelanggan yang membuat pra-tempahan OnePlus 10T 5G di kedai rasmi OnePlus yang terpilih, mereka akan menerima ganjaran seperti pelan perlindungan skrin 1 tahun, waranti tambahan dan perlindungan kerosakan serta diskaun bernilai RM100 bagi pembelian produk IoT bersama pembelian telefon pintar, serta barangan OnePlus

Sebelum membuat pembelian, anda boleh membaca Pandang Pertama OnePlus 10T 5G – Semuanya Pantas

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.