Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO ColorOS 13 dilancarkan secara rasmi – ini senarai peranti yang akan menerimanya

OPPO secara rasmi telah memperkenalkan versi global sistem operasi terbaru syarikat iaitu ColorOS 13 untuk pengguna global.

ColorOS 13 hadir sebagai antara sistem  pertama yang berasaskan Android 13 yang sahaja dikeluarkan dan ianya menggabungkan beberapa ciri utama Android 13 sambil memperkenalkan Reka Bentuk Aquamorphic serba baharu untuk pengalaman visual yang ringkas dan UI yang lebih mesra pengguna.

Selain itu, ColorOS 13 juga menyertakan pelbagai ciri baharu untuk sambungan berbilang peranti pintar untuk meningkatkan lagi produktiviti dengan pengalaman pintar.

ColorOS 13 juga memberikan pengalaman pengguna yang lebih intuitif melalui penyepaduan kesan Aquamorphic yang berbeza ke dalam animasi sistem, UI, dan Enjin Animasi Kuantum yang tampil dengan ramalan tingkah laku baharu mengenai kawalan pengguna.

ColorOS 13 juga menyaksikan OPPO memperkenalkan Dynamic Computing Engine, penyelesaian teknikal peringkat sistem OPPO yang dibangunkan secara dalaman untuk memberikan sistem yang lebih lancar dan stabil serta peningkatan jangka hayat bateri dan keupayaan untuk memastikan lebih banyak aplikasi boleh dibuka di latar belakang.

Selain itu, ColorOS 13 juga membawakan ciri Smart Always-On Display yang menyaksikan OPPO telah bekerjasama dengan perisian dan penyedia perkhidmatan terkemuka dunia termasuk Bitmoji dan Spotify untuk menyediakan pelbagai pengalaman yang mudah dan diperibadikan.

Dalam pada itu, penggunaan teknologi LTPO 2.0 membolehkan kadar segar semula pada mod Always-On ini adalah serendah 1Hz yang memastikan penjimatan sehingga 30% pada senario tertentu.

Akhir sekali, OPPO akan menawarkan kemaskini ColorOS 13 kepada hampir 35 model telefon pintar dalam tahun ini, meliputi lebih 60 negara, serta sebanyak 160 juta pengguna.

Ini adalah pelan kemaskini terbesar yang pernah dilakukan dalam sejarah ColorOS.

Pelancaran ini akan bermula dengan Find X5 Pro dan Find X5 hari ini dengan keluaran rasmi ColorOS 13.

OPPO kemudiannya akan terus menawarkan kemaskini ColorOS 13 kepada lebih 20 peranti lagi bermula tahun 2023.

Berikut adalah anggaran jangka masa penawaran kemaskini ColorOS 13 yang berasaskan Android 13 mengikut model :

Ogos 2022 – OPPO Find X5 Pro & OPPO Find X5

September 2022 – OPPO Find X3 Pro & OPPO Reno8 Pro 5G

Oktober 2022 – OPPO Reno8 5G, OPPO Reno7 OPPO Pro 5G, OPPO Reno7 5G, OPPO Reno7, OPPO Reno6 5G, OPPO F21 Pro, OPPO K10 5G, OPPO A77 5G & OPPO A76

November 2022 – OPPO Reno7 Z 5G. Reno6 Pro 5G, Reno6 Pro 5G Diwali Edition. Reno6 Z 5G. Reno5 Pro 5G  Reno5 Pro, F21 Pro 5G, F19 Pro+, K10 & A96

Disember 2022 – OPPO Find X5 Lite 5G, Find X3 Neo 5G, Find X3 Lite 5G, Find X2 Pro & Find X2 Pro Automobili Lamborghini Edition, Find X2, Reno8, Reno8 Z 5G, Reno5 5G, Reno5 Z 5G, A94 5G & A74 5G

Dari H1 2023 – OPPO Pad Air, Reno8 Lite 5G, Reno7 Lite 5G, Reno7 A Reno6, Reno6 Lite. Reno5. Reno5 Marvel Edition, Reno5 F, Reno5 Lite, Reno5 A, F19 Pro, F19, F19s, A95,  A94, A77, A74, A57, A57s, A55, A54 5G, A54s, A53s 5G, A16s

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.