Asus Vivobook 15X OLED kini rasmi di Malaysia – harga dari RM 3,299
Asus secara rasminya telah mengumumkan penawaran komputer riba Asus Vivobook 15X OLED untuk pasaran Malaysia selepas pelancaran rasmi pada bulan Mei yang lalu.
Asus Vivobook 15X OLED tampil dengan skrin paparan 120Hz OLED 2.5K berukuran 15.6-inci yang juga menyokong paparan warna DCI-P3 pada kadar 100%. Paparan ini menampilkan engsel bukaan 180⁰.
Selain itu, komputer riba ini ditawarkan didalam dua varian yang menggunakan cip daripada AMD iaitu AMD Ryzen 5 5600H dan AMD Ryzen 7 5800H, 8GB RAM DDR4 dan storan dalaman SSD 512GB M.2 NVMe PCIe 3.0.
Seterusnya, Asus Vivobook 15X OLED ini tampil dengan bateri 70WHr yang mampu menawarkan sehingga 14 jam jangka hayat bateri dengan satu pengecasan penuh dan ianya turut disertakan dengan adapter pengecasan 90W.
Asus Vivobook 15X OLED juga mempunyai slot I/O yang menyeluruh iaitu satu slot USB-C 3.2 Gen 1 , dua slot USB
3.2 Gen 1 jenis-A, satu slot USB 2.0 , output HDMI dan bicu audio 3.5 mm.
Vivobook 15X OLED (M1503) AMD Ryzen 7 akan ditawarkan pada harga RM 3,699 manakala Vivobook 15X OLED (M1503) AMD Ryzen 5 akan ditawarkan pada harga RM 3,299.