Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Canalys : Pasaran Telefon Pintar Asia Tenggara masih didominasi Samsung walaupun jualan berkurang

Laporan terbaru daripada Canalys bagi statistik pasaran telefon pintar Asia Tenggara mendedahkan jualan telefon pintar bagi suku kedua telah menurun sebanyak 7% kepada 24.5 juta unit berbanding suku pertama tahun ini.

5 pasaran terbesar di Asia Tenggara adalah Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam dan Malaysia.

Memfokuskan kepada pasaran Malaysia, Canalys mendakwa permintaan pasaran tempatan meningkat sebanyak 6% pada suku kedua dengan jualan sebanyak 2.4 juta unit.

Selain itu, Xiaomi kini kembali ke tempat pertama dipasaran Malaysia dengan 30% pegangan pasaran diikuti Samsung dengan 20%, vivo dan OPPO dengan 14% dan realme ditempat kelima dengan 8%.

Secara keseluruhan, Samsung masih mendominasi pasaran Asia Tenggara dengan 19% pegangan pasaran diikuti OPPO dengan 18%, disusuli Xiaomi, vivo dan realme.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.