Xiaomi Redmi K50 Ultra dilancarkan dengan skrin 12-bit dan cip Snapdragon 8+ Gen 1
Xiaomi secara rasminya telah melancarkan telefon pintar pertama Redmi dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1.
Redmi K50 Ultra tampil dengan skrin paparan 12-bit AMOLED yang mampu menawarkan 68.7 bilion warna dengan resolusi 1,220 x 2,712px yang didakwa hampir setaraf skrin QHD+ namun menggunakan kuasa yang lebih rendah.
Panel skrin Redmi K50 Ultra ini juga menyokong HDR10+, Dolby Vision, kadar segar semula 120Hz, kadar pensampelan sentuhan 480Hz, 1,920Hz PWM dimming dan sensor capjari terbina dalam skrin yang juga boleh berfungsi sebagai sensor kadar degupan jantung.
Selain itu, cip Snapdragon 8+ Gen 1 pada Redmi K50 Ultra ini dipadankan dengan 8GB atau 12GB RAM LPDDR5 dan 3 pilihan storan dalaman jenis UFS 3.1 iaitu 128GB, 256GB dan 512GB serta sistem penyejukan vapor chamber bersaiz 3,725mm² yang mampu mengekalkan peranti didalam keadaan suhu yang optimum walaupun selepas 2 jam sesi gaming.
Beralih kepada bateri, Redmi K50 Ultra tampil dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang turut disertakan dengan pengecasan pantas 120W.
Pada bahagian kamera, Redmi K50 Ultra mempunyai sensor utama ISOCELL HM6 108MP yang mempunyai OIS, satu sensor ultrawidw 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah sensor IMX596 20MP.
Lain-lain spesifikasi Redmi K50 Ultra adalah Wi-Fi 6E, NFC, IR blaster dan pembesar suara stereo Dolby Atmos.
Redmi K50 Ultra akan ditawarkan pada harga bermula dari CNY 2,999 (RM 1,975) sehingga CNY 4,199 bagi Redmi K50 Ultra Mercedes-AMG PETRONAS Formula One Team Summer Edition.
Baca tentang : Redmi K50 Ultra Mercedes-AMG PETRONAS Formula One Team Summer Edition