Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo Y35 kini rasmi di Malaysia dengan skrin 90Hz dan sensor utama 50MP – RM 1,099

vivo Y35 kini rasmi di Malaysia dengan skrin 90Hz dan sensor utama 50MP - RM 1,099 3

Vivo Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar vivo Y35 untuk pasaran tempatan pada harga RM 1,099 sahaja.

vivo Y35 tampil dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.58-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan kecerahan maksima 550nits.

Selain itu, vivo Y35 juga mempunyai pensijilan kalis air dan habuk IP54 dan ditawarkan didalam dua warna iaitu Agate Black dan Dawn Gold.

Dari segi dalaman, vivo Y35 tampil dengan cip Snapdragon 680, 8GB RAM + Extended RAM 3.0 yang memberikan tambahan sehingga 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Ke bahagian kamera, vivo Y35 tampil dengan sensor utama 50MP bersama dua sensor 2MP untuk iaitu sensor Bokeh dan Makro. Kamera selfie adalah 16MP.

Seterusnya, vivo Y35 juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang turut disertakan dengan pengecasan pantas 44W yang menawarkan pengecasan 0-70% dalam masa 34 minit sahaja.

vivo Y35 akan ditawarkan pada RM1,099 danĀ  pra-tempahan kini boleh dilakukan di kedai E-rasmi vivo Malaysia dan kedai utama rasmi vivo Malaysia di Shopee dan Lazada.

Pelanggan yang membuat pra-tempahanĀ  vivo Y35 dari 12 hingga 16 Ogos juga akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM547*, termasuk baucar jenama, beg silang sukan vivo, waranti lanjutan 1 tahun dan waranti perlindungan retak skrin selama 1 tahun.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.