Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Z Flip4 kini dibuka untuk pra-tempahan

Samsung Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Z Flip4 kini dibuka untuk pra-tempahan 7

Samsung Galaxy Z Fold4 dan Samsung Galaxy Z Flip4 yang dilancarkan lewat malam tadi kini telah dibuka untuk pra-tempahan iaitu sehingga 1 September 2022.

Samsung Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Z Flip4 kini dibuka untuk pra-tempahan 8

Samsung Galaxy Z Fold4 akan ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 6,799 iaitu varian 12/256GB, RM 7,299 bagi varian 12/512GB dan RM 8,299 bagi varian 12/1TB.

Samsung Galaxy Z Fold4 kini boleh dipra-tempah di Malaysia dan setiap pra-tempahan akan menerima 1 tahun tambahan waranti Samsung Care+, 3 kali pertukaran filem skrin, Standing cover with S-Pen dan e-baucar Samsung bernilai RM 650.

Samsung Galaxy Z Fold4 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu warna Graygreen, Beige dan Phantom Black.

Beli Samsung Galaxy Z Fold4 di Samsung Online Store 

Samsung Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Z Flip4 kini dibuka untuk pra-tempahan 9

Bercakap mengenai Samsung Galaxy Z Flip4 pula akan ditawarkan pada harga dari RM 4,099 iaitu bagi varian 8/128GB, RM 4,299 bagi varian 12/256GB dan RM 4,599 bagi varian 12/512GB.

Dalam pada itu, Samsung Galaxy Z Flip4 Bespoke Edition pula akan ditawarkan pada harga RM 4,599 iaitu bagi varian 12/256GB.

Pra-tempahan akan dibuka mulai  10 Ogos sehingga 1 September dengan setiap pra-tempahana akan menerima baucar bernilai RM450, bekas Flap Leather  dan pelan perlindungan Samsung Care+ yang menawarkan 1 tahun jaminan dan 3 kali pertukaran filem perlindungan skrin.

Samsung Galaxy Z Flip4 akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu Bora Purple, Blue, Graphite dan Gold Pink

Beli Samsung Galaxy Z Flip4 di Samsung Online Store

Pra-tempahan juga boleh dilakukan di Samsung Experience Stores dan Samsung Authorized Partners.

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.