Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Watch5 dan Galaxy Watch5 Pro kini rasmi – reka bentuk Sapphire Glass dan bateri lebih besar

Samsung Galaxy Watch5 dan Galaxy Watch5 Pro kini rasmi - reka bentuk Sapphire Glass dan bateri lebih besar 1

Samsung Galaxy Watch5 Pro

Samsung Galaxy Watch5 dan Galaxy Watch5 Pro kini rasmi - reka bentuk Sapphire Glass dan bateri lebih besar 2

Samsung Galaxy Unpacked 2022 yang kedua tahun ini juga telah menjadi pentas untuk Samsung melancarkan jam pintar terbaru syarikat ini iaitu Samsung Galaxy Watch5 Series.

Samsung Galaxy Watch5 dan Galaxy Watch5 Pro kini rasmi - reka bentuk Sapphire Glass dan bateri lebih besar 3

Samsung Galaxy Watch5 hadir didalam dua saiz iaitu 40mm dan 44mm manakala Samsung Galaxy Watch5 Pro pula tampil didalam saiz 45mm sahaja.

Selain itu, Samsung Galaxy Watch5 dan Galaxy Watch 5 Pro juga tampil dengan reka bentuk yang lebih kukuh iaitu 60% lebih baik berbanding generasi sebelum ini dan ianya turut dilapisi gelas sapphire crystal dengan pensijilan kali air 5ATM dan IP69 serta MIL-STD-810H.

Samsung Galaxy Watch5 40mm tampil dengan skrin paparan AMOLED berukuran 1.2-inci manakala Watch 5 44mm dan Watch 5 Pro tampil dengan skrin berukuran 1.4-inci namun kesemua model ini juga menyokong always on display.

Samsung Galaxy Watch5 dan Galaxy Watch5 Pro kini rasmi - reka bentuk Sapphire Glass dan bateri lebih besar 4

Bercakap mengenai bateri, Samsung Galaxy Watch5 tampil dengan bateri yang lebih besar iaitu 284mAh pada versi 40mm, 410mAh pada 44mm manakala Watch 5 Pro mempunyai bateri 590mAh dan ianya turut dilengkapi pengecasan yang 30% lebih pantas.

Samsung Galaxy Watch5 Series ini beroperasi pada sistem operasi One UI Watch 4.5 (Google Wear), pemproses Exynos W920 , 1.5GB RAM, 16GB storan dalaman, sensor optical heart rate, sokongan bacaan ECG dan sensor Bioelectrical Impedance (BIA).

Samsung Galaxy Watch5 Pro juga tampil dengan beberapa ciri lebih komprehensif seperti route workout, turn by turn navigation dan Track back.

Samsung Galaxy Watch5 dan Galaxy Watch5 Pro kini rasmi - reka bentuk Sapphire Glass dan bateri lebih besar 5

Samsung Galaxy Watch5 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Graphite, Pink Gold dan Silver pada harga RM 1,099 iaitu bagi 40mm manakala versi 44mm akan ditawarkan pada harga RM 1,199 juga didalam tiga warna iaitu Graphite, Sapphire dan Silver. Harga adalah untuk versi Bluetooth .

Samsung Galaxy Watch5 dan Galaxy Watch5 Pro kini rasmi - reka bentuk Sapphire Glass dan bateri lebih besar 6
Samsung Galaxy Watch5 Pro

Dalam pada itu, model mercu Samsung Galaxy Watch5 Pro pula akan ditawarkan pada harga RM 1,899 didalam pilihan warna Black Titanium dan Grey Titanium.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.