Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Buds2 Pro dilancarkan dengan ciri Advance Intelligent ANC dan sehingga 29 jam waktu pendengaran – harga RM 899

Samsung Galaxy Buds2 Pro dilancarkan dengan ciri Advance Intelligent ANC dan sehingga 29 jam waktu pendengaran - harga RM 899 11

Selain Samsung Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Z Flip4, Samsung juga telah memperkenalkan generasi terbaru TWS flagship mereka iaitu Samsung Galaxy Buds2 Pro.

Samsung Galaxy Buds2 Pro dilancarkan dengan ciri Advance Intelligent ANC dan sehingga 29 jam waktu pendengaran - harga RM 899 12

Samsung Galaxy Buds2 Pro tampil dengan reka bentuk yang hampir sama seperti Galaxy Buds Pro namun menampilkan saiz earbus yang lebih kecil iaitu sekitar 15% lebih kecil.

Bekas pengecasan Samsung Galaxy Buds2 Pro ini tampil dengan kemasan matte yang lebih premium dan ianya ditawarkan didalam tiga warna iaitu Graphite, Bora Purple dan White. Samsung Galaxy Buds2 Pro juga mempunyai pensijilan IPX7.

Samsung Galaxy Buds2 Pro dilancarkan dengan ciri Advance Intelligent ANC dan sehingga 29 jam waktu pendengaran - harga RM 899 13

Samsung Galaxy Bud2 Pro tampil dengan sokongan bunyi 24-bit hifi dengan 360⁰ Audio dan Advance Intelligent ANC.

Selain itu, Samsung Galaxy Buds2 Pro juga dilengkapi satu woofer 10mm bersama satu tweeter 5.3mm untuk pengalaman audio yang sangat imersif dan memuaskan.

Samsung Galaxy Buds2 Pro dilancarkan dengan ciri Advance Intelligent ANC dan sehingga 29 jam waktu pendengaran - harga RM 899 14

Bercakap mengenai jangka hayat bateri pula, Samsung Galaxy Buds2 Pro menawarkan sehingga 5 jam waktu pendengaran melalui bateri 61mAh pada earbuds atau sehingga 18 jam dengan bekas pengecasan yang mempunyai bateri berkapasiti 500mAh. Walaubagaimanapun, jika ciri ANC dipadamkan, jangka hayat bateri adalah 8 jam pada earbuds dan sehingga 29 jam bersama bekas pengecasan.

Samsung Galaxy Buds2 Pro dilancarkan dengan ciri Advance Intelligent ANC dan sehingga 29 jam waktu pendengaran - harga RM 899 15

Seterusnya, Samsung Galaxy Buds2 Pro kini boleh digunakan bersama televisyen, tablet, komputer riba, jam pintar dan banyak lagi.

Samsung Galaxy Buds2 Pro akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 899 dan setiap pembelian akan turut menerima Galaxy Buds Cover bernilai RM 99 secara percuma.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.