Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Flip4 dilancarkan secara rasmi dengan reka bentuk lebih nipis dan cip Snapdragon 8+ Gen 1 – harga dari RM 4,099

Samsung Galaxy Z Flip4 dilancarkan secara rasmi dengan reka bentuk lebih nipis dan cip Snapdragon 8+ Gen 1 - harga dari RM 4,099 1

Samsung Galaxy Z Flip4 dilancarkan secara rasmi dengan reka bentuk lebih nipis dan cip Snapdragon 8+ Gen 1 - harga dari RM 4,099 2

Selain Samsung Galaxy Z Fold4, Samsung juga telah memperkenalkan telefon pintar foldable kompak Samsung Galaxy Z Flip4.

Samsung Galaxy Z Flip4

Samsung Galaxy Z Flip4 juga tampil dengan penambahbaikan reka bentuk yang membolehkan profil telefon pintar ini lebih nipis dengan penggunaan Armour Aluminium dan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus+ pada bahagian hadapan dan belakang.

Samsung Galaxy Z Flip4 dilancarkan secara rasmi dengan reka bentuk lebih nipis dan cip Snapdragon 8+ Gen 1 - harga dari RM 4,099 3

Samsung Galaxy Z Flip4 hadir dengan skrin paparan utama Infinity Flex berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz yang tampil dengan bezel yang lebih nipis.

Samsung Galaxy Z Flip4 dilancarkan secara rasmi dengan reka bentuk lebih nipis dan cip Snapdragon 8+ Gen 1 - harga dari RM 4,099 4

Selain itu, Galaxy Z Flip4 juga mempunyai satu skrin luaran iaitu panel Super AMOLED berukuran 1.9-inci.

Dari segi pemproses, Samsung Galaxy Z Flip4 menampilkan pengunaan cip Snapdragon 8+ Gen 1, 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Samsung Galaxy Z Flip4 dilancarkan secara rasmi dengan reka bentuk lebih nipis dan cip Snapdragon 8+ Gen 1 - harga dari RM 4,099 5

Beralih kepada kamera, Samsung Galaxy Z Flip4 hadir dengan dua sensor 12MP dibahagian belakang iaitu satu sensor utama dan satu sensor ultrawide. Samsung mendakwa sensor utama telefon pintar mampu menyerap 65% lebih cahaya untuk gambar lebih baik. Kamera selfie adalah 10MP.

Dalam pada itu, Samsung Galaxy Z Flip4 memiliki bateri yang lebih besar iaitu berkapasiti 3,700mAh yang menyokong pengecasan pantas 15W, pengecasan  tanpa wayar 10W dan reverse wireless charging pada kadar 4.5W.

Samsung Galaxy Z Flip4 dilancarkan secara rasmi dengan reka bentuk lebih nipis dan cip Snapdragon 8+ Gen 1 - harga dari RM 4,099 6

Samsung Galaxy Z Flip4 dilancarkan secara rasmi dengan reka bentuk lebih nipis dan cip Snapdragon 8+ Gen 1 - harga dari RM 4,099 7

Samsung Galaxy Z Flip4 akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu Bora Purple, Blue, Graphite dan Gold Pink.

Samsung juga telah mengesahkan bahawa Galaxy Z Flip4 Bespoke Edition akan turut ditawarkan di Malaysia dengan 75 kombinasi yang boleh ditempah di Samsung.com

Samsung telah mengesahkan akan menawarkan dua tahun waranti bagi telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip4 dan ianya juga termasuk 3 kali gantian filem perlindungan skrin secara percuma (eksklusif untuk pasaran Malaysia sahaja).

Samsung Galaxy Z Flip4 akan ditawarkan pada harga dari RM 4,099 iaitu bagi varian 8/128GB, RM 4,299 bagi varian 12/256GB dan RM 4,599 bagi varian 12/512GB.

Dalam pada itu, Samsung Galaxy Z Flip4 Bespoke Edition pula akan ditawarkan pada harga RM 4,599 iaitu bagi varian 12/256GB.

Pra-tempahan akan dibuka mulai  10 Ogos sehingga 1 September dengan setiap pra-tempahana akan menerima baucar bernilai RM450, bekas Flap Leather  dan pelan perlindungan Samsung Care+ yang menawarkan 1 tahun jaminan dan perlindungan skrin.

Samsung Galaxy Z Flip4 dilancarkan secara rasmi dengan reka bentuk lebih nipis dan cip Snapdragon 8+ Gen 1 - harga dari RM 4,099 8Samsung Galaxy Z Flip4 dilancarkan secara rasmi dengan reka bentuk lebih nipis dan cip Snapdragon 8+ Gen 1 - harga dari RM 4,099 4Samsung Galaxy Z Flip4 dilancarkan secara rasmi dengan reka bentuk lebih nipis dan cip Snapdragon 8+ Gen 1 - harga dari RM 4,099 10Samsung Galaxy Z Flip4 dilancarkan secara rasmi dengan reka bentuk lebih nipis dan cip Snapdragon 8+ Gen 1 - harga dari RM 4,099 11

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.