Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Fold4 kini rasmi dengan Snapdragon 8+ Gen 1 dan sistem kamera lebih baik – harga dari RM 6,799

 

Samsung secara rasminya telah memperkenalkan generasi baharu telefon pintar foldable mereka iaitu Samsung Galaxy Z Fold4 .

Samsung Galaxy Z Fold4

Samsung Galaxy Z Fold4 adalah model mercu didalam Galaxy Z Series dan ianya tampil dengan skrin paparan utama (skrin lipat) Dynamic AMOLED 2x berukuran 7.6-inci dengan resolusi 1768 x 2208 piksel dan kadar segar semula 120Hz serta nisbah skrin 23:1:9. Panel skrin ini juga menempatkan kamera UD 4MP generasi ke-2 yang lebih baik dan kurang kelihatan.

Samsung Galaxy Z Fold4 juga tampil dengan profil yang nipis namun masih kekal menggunakan bingkai Armour Aluminium dan ditambah dengan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus+ pada bahagian hadapan dan belakang yang memberikan berat 263 gram (8 gram lebih ringan berbanding Z Fold3).

Selain itu, skrin paparan luar pada Samsung Galaxy Z Fold4 akan mempunyai ukuran 6.2-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan ianya juga menempatkan kamera selfie 10MP.

Samsung Galaxy Z Fold4 dijana dengan cip Snapdragon 8+ Gen, 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Beralih ke kamera, Samsung Galaxy Z Fold4 tampil dengan penambahbaikan kamera yang menyaksikan ianya dilengkapi sensor utama 50MP, sensor ultrawide 12MP dan sensor telefoto 12MP yang menawarkan 3x zoom optikal (30x Space Zoom).

Pada bahagian bateri, Samsung Galaxy Z Fold4 tampil dengan bateri 4,400mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W serta pengecasan tanpa wayar 10W.

Lain-lain spesifikasi Samsung Galaxy Z Fold4 adalah One UI 4.1, 4 tahun sokongan kemaskini Android, kalis air IPX8 dan sokongan S Pen.

Samsung Galaxy Z Fold4 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu warna Graygreen, Beige dan Phantom Black.

Berita baik untuk pengguna di Malaysia, Samsung telah mengesahkan akan menawarkan dua tahun waranti bagi telefon pintar Samsung Galaxy Z Fold4 dan ianya juga termasuk 3 kali gantian filem perlindungan skrin secara percuma (eksklusif untuk pasaran Malaysia sahaja).

Samsung Galaxy Z Fold4 akan ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 6,799 iaitu varian 12/256GB, RM 7,299 bagi varian 12/512GB dan RM 8,299 bagi varian 12/1TB.

Samsung Galaxy Z Fold4 kini boleh dipra-tempah di Malaysia dan setiap pra-tempahan akan menerima 1 tahun tambahan waranti Samsung Care+, 3 kali pertukaran filem skrin, standing cover with S-Pen dan e-baucar Samsung bernilai RM 650.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.