Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelancaran Apple iPhone 14 mungkin tertunda akibat isu Taiwan – China

Pelancaran Apple iPhone 14 mungkin tertunda akibat isu Taiwan - China 3

Nancy Pelosi, speaker dewan perwakilan AS telah membuat lawatan rasmi ke Taiwan baru-baru ini dan ini secara tidak langsung mungkin menyebabkan pelancaran Apple iPhone 14 tertunda.

Lawatan ini telah menyebabkan ketegangan antara Taiwan dan China sehingga China membuat latihan ketenteraan diruang udara berhampiran Taiwan baru-baru ini.

Anda pasti tahu bahawa TSMC yang berpangkalan di Taiwan merupakan pembekal utama cipset kepada Apple dan ianya dihantar ke kilang Pegatron di China untuk dipasang pada iPhone.

Lawatan Nancy Pelosi ini telah menyebabkan Parti Komunis China (PKC) telah menetapkan peraturan baharu yang melarang sebarang nama “Taiwan” atau “Republik China” disebut dalam dokumen penghantaran.

Ini bermakna, terdapat kemungkinan komponen Apple iPhone 14 yang dihantar mungkin dikembalikan semula.

Memburukkan lagi keadaan adalah naib pengerusi Pegatron dan eksekutif tertinggi dari TSMC dilihat bersama Pelosi semasa lawatan itu dan ini mungkin menyebabkan perang perdagangan antara CCP dan Taiwan di mana Apple dan syarikat lain yang berpangkalan di Amerika Syarikat menerima kesan.

Dalam pada itu, Apple dilaporkan telah memulakan perbincangan dengan TSMC dan pembekal lain dari Taiwan supaya label “Made in Taiwan” atau “Republic of China” diganti.

Apple iPhone 14 Series dijangka akan dilancarkan pada September 2022 dan tarikh 13 September dilihat hampir pasti menjadi hari pelancaran.

 

 

 

 

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.