Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ApplePay kini ditawarkan secara rasmi di Malaysia

ApplePay kini telah ditawarkan secara rasmi di Malaysia dan negara kita menjadi pasaran kedua di Asia Tenggara untuk menerima ciri pembayaran ini selepas Singapura.

ApplePay telah dilancarkan pada tahun 2014 dan ini membolehkan anda membuat pembayaran tanpa tunai secara terus menggunakan iPhone, iPad , Apple Watch atau Mac dengan hanya menambah kad kredit/debit kedalam aplikasi Wallet pada peranti Apple anda.

ApplePay kini ditawarkan untuk pemilik kad kredit atau debit yang dikeluarkan oleh Maybank dan AmBank namun sokongan bagi kad yang dikeluarkan oleh badan bank yang lain masih belum disokong.

Untuk menambah kad ini ke akaun ApplePay peranti Apple anda, anda hanya perlu membuka aplikasi Wallet, tekan ikon + untuk menambah kad, imbas atau masukkan maklumat kad secara manual.

Selepas itu, anda akan menerima kod CAT (Card Activation Token) daripada pihak bank sebagai pengesahan akhir untuk menambah kad anda ke akaun ApplePay sebelum boleh mula menggunakannya untuk pembayaran.

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.