Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Reno8 Z 5G dilancarkan secara rasmi – harga sekitar RM 1625

OPPO secara rasminya telah melancarkan OPPO Reno8 Z 5G yang kini telah mula ditawarkan di Thailand.

OPPO Reno8 Z 5G tampil dengan rekaan yang sama seperti Reno8 Series yang lain namun dengan spesifikasi sama seperti OPPO Reno7 Z 5G.

Beralih kepada skrin, OPPO Reno8 Z 5G hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.43-inci yang mempunyai resolusi FHD+ dengan lubang punch-hole yang menempatkan kamera selfie 16MP.

Ke bahagian dalaman, OPPO Reno8 Z 5G  hadir dengan cip daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 695 5G dan ianya juga dipadankan dengan 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Pada bahagian kamera, OPPO Reno8 Z 5G memiliki sensor utama 64MP, sensor monokrom 2MP dan sensor makro 2MP. tiada MariSilicon X seperti pada Reno8 dan Reno8 Pro.

Selain itu, OPPO Reno8 Z 5G juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 33W SUPERVOOC yang memberikan pengecasan pantas didalam masa 63 minit sahaja.

Lain-lain spesifikasi OPPO Reno8 Z 5G adalah ColorOS 12.1, pensijilan TÜV SÜD 36-Month Fluency Rating A, kalis rintangan air IPX4, Omoji, dan AirGesture.

OPPO Reno8 Z 5G ditawarkan didalam dua warna iaitu Dawnlight Gold dan Starlight Black pada harga THB 12,990 atau sekitar RM 1,625.

Buat masa masih belum ada maklumat mengenai pelancaran OPPO Reno8 Z 5G di Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.