Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo Y30 5G telah dilancarkan secara rasmi dengan cip MediaTek Dimensity 700 dan sensor utama 50MP

vivo Y30 5G telah dilancarkan secara rasmi dengan cip MediaTek Dimensity 700 dan sensor utama 50MP 1

vivo Y30 5G telah dilancarkan secara rasmi dengan cip MediaTek Dimensity 700 dan sensor utama 50MP 2

vivo secara rasminya telah melancarkan vivo Y30 5G di Thailand dan ianya merupakan telefon pintar 5G kelas entry level yang berpatutan.

vivo Y30 5G hadir dengan cip daripada MediaTek iaitu Dimensity 700 yang dipadankan dengan 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Telefon pintar ini juga mempunyai sokongan Virtual RAM 2GB dan slot microSD serta Funtouch OS 12 yang berasaskan Android 12.

Seterusnya, vivo Y30 5G ini juga memiliki skrin paparan IPS LCD berukuran 6.51-inci dengan resolusi HD+ 720 x 1600 piksel dan terdapat kamera selfie 8MP.

vivo Y30 5G telah dilancarkan secara rasmi dengan cip MediaTek Dimensity 700 dan sensor utama 50MP 3

Beralih kepada kamera belakang, vivo Y30 5G memiliki sensor utama 50MP bersama sensor depth 2MP.

vivo Y30 5G telah dilancarkan secara rasmi dengan cip MediaTek Dimensity 700 dan sensor utama 50MP 4

Selain itu, vivo Y30 5G juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 10W, sensor capjari pada butang kuasa, dual-band Wi-Fi, radio FM dan bicu audio 3.5mm.

vivo Y30 5G telah dilancarkan secara rasmi dengan cip MediaTek Dimensity 700 dan sensor utama 50MP 5

vivo Y30 5G kini ditawarkan di Thailand didalam dua warna Starlight Black and Rainbow Fantasy.

Buat masa ini tiada sebarang maklumat samada ianya akan memasuki pasaran Malaysia ataupun tidak.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.