Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung memacu pertumbuhan teknologi foldable melalui Galaxy Z Series

Dalam masa yang singkat sahaja, telefon yang boleh dilipat telah bertukar daripada satu angan-angan kepada teknologi mudah alih termaju.

Dengan menggabungkan reka bentuk ikonik dan fungsi moden, telefon pintar foldable Samsung kini mempunyai populariti setaraf flagship lain dipasaran – dan trend ini dijangka berterusan.

Samsung telah mengesahkan pelancaran Samsung Unpacked pada 10 Ogos yang akan menyaksikan syarikat ini memperkenalkan generasi telefon pintar foldable terbaru mereka iaitu Galaxy Z Series.

Sebagai antara perintis didalam pasaran foldable, Samsung telah memacu pembangunan teknologi baharu yang mungkin dianggap mustahil sebelum ini.

Menggunakan proses pembuatan yang tepat yang membolehkan pengeluaran kaca ultra-nipis yang boleh dibengkokkan, kemudahan Samsung dilengkapi dengan baik untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam era telefon pintar yang menggabungkan teknologi yang lama dengan yang baharu.

Tontoni video eksklusif ini yang memberikan sedikit gambaran mengenai proses pembuatan yang melibatkan Galaxy Z Series.

Samsung Unpacked ini akan berlangsung pada 10 Ogos bermula jam 9:00 malam (Waktu Malaysia) di Samsung.com/my,  YouTube Samsung Malaysia , dan Samsung Malaysia Newsroom.

Daftar minat untuk inovasi terbaru daripada Samsung ini dan terima e-baucar Samsung bernilai RM 200 selepas membuat pra-tempahan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.