Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : OPPO Enco Air2 Pro – TWS mampu milik dengan ciri ANC pada harga RM 349

Pengenalan

Selepas pelancaran OPPO Enco X2 bersama-sama OPPO Find X5 Series, OPPO Malaysia kini telah memperkenalkan satu lagi TWS terbaru daripada syarikat ini iaitu OPPO Enco Air2 Pro.

OPPO Enco Air2 Pro adalah sebuah TWS yang dibangunkan dengan fokus untuk menawarkan prestasi audio yang berkuasa kepada pengguna.

OPPO Enco Air2 Pro juga menjanjikan satu TWS yang lebih baik dari segi reka bentuk, jangka hayat bateri, ketersambungan dan kawalan yang lebih mesra pengguna.

Berikut adalah ulasan OPPO Enco Air2 Pro yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 349

Reka Bentuk

OPPO Enco Air2 Pro menampilkan reka bentuk yang hampir sama seperti OPPO Enco X namun dengan perubahan kecil.

Oppo Enco Air2 Pro hadir dengan reka bentukĀ  in-ear yang sama seperti OPPO Enco X2 yang lebih premium dan ini membolehkan pengguna menikmati muzik tempoh yang panjang tanpa sebarang masalah.

Selain itu, reka bentuk inovatif OPPO Enco Air2 Pro juga membolehkan 77% daripada fon telinga dilihat berbanding 55% , menjadikannya lebih mudah bagi pengguna untuk mengeluarkan fon telinga dari bekas pengecasan.

Selain itu, OPPO Enco Air2 Pro juga memiliki eartip silikon yang lembut yang memastikan ianya sentiasa kekal didalam telinga dan earbuds ini juga mempunyai piawaian IP54 yang bermaksud ianya menawarkan kalis air dan habuk

Didalam kotak juga disertakan dua saiz eartip tambahan iaitu saiz S dan saiz L manakala saiz M telah siap dipasang pada TWS Oppo Enco Air2 Pro.

Bercakap mengenai bekas pengecasan OPPO Enco Air2 Pro ini, ianya tampil dengan reka bentuk dwi-lapisan reflektif dilengkapkan dengan penutup atas lutsinar yang menangkap cahaya dan menambah sentuhan unik yang tidak ditawarkan pada TWS lain dipasaran.

Bekas pengecasan OPPO Enco Air2 Pro ini juga mempunyai lampu LED pada bahagian hadapan, slot USB-C untuk pengecasan dan penjenamaan OPPO pada engsel pembukaan.

Aplikasi HeyMelody

Untuk menikmati potensi penuh semua ciri OPPO Enco Air2 Pro, pastikan anda memuatnaik aplikasi Hey Melody pada telefon pintar Android atau iOS anda.

Muat naik HeyMelody di Google Play Store

Muat naik HeyMelody di Apple App Store

Selain itu, kedua-dua sisi earbuds Oppo Enco Air2 Pro juga mempunyai bahagian sesentuh sensitif yang boleh digunakan untuk mengaktifkan beberapa fungsi dengan lebih mudah termasuk mod ANC, memilih trek muzik dan menghentikan muzik. Anda juga boleh mengubah tetapan ini di Aplikasi HeyMelody (sedikit mengecewakan kelantangan muzik tidak boleh diubah melalui sentuhan pada earbuds).

Penyambungan OPPO Enco Air2 Pro ke telefon pintar adalah sangat mudah dimana anda hanya perlu membuka bekas pengecasan dan mengaktifkan Bluetooth pada telefon pintar serta membuka aplikasi HeyMelody.

Prestasi ANC dan Kualiti Audio

OPPO Enco Air2 Pro tampil dengan pemacu diafragma titanized berukuran 12.4 mm, ruang belakang besar dan teknologi Enco Live, penalaan bass OPPO yang tersendiri, fon telinga ini dibina untuk menyampaikan bass berkuasa yang mengimbangi vokal jelas.

OPPO Enco Air2 Pro memiliki cip ANC dual core yang boleh menangkap dan meneutralkan bunyi hingar pada frekuensi yang berbeza.

Kemampuan ciri ANC pada OPPO Enco Air2 Pro ini dilihat mampu menyingkirkan bunyi hingar aktif dengan berkesan dan kelantangan bunyi yang ditawarkan pada earbuds ini memastikan anda dapat menikmati muzik tanpa sebarang gangguan bunyi luaran.

OPPO Enco Air2 Pro juga dilengkapi dengan mod Transparency supaya pengguna masih boleh mendengar bunyi persekitaran mereka dan kekal berjaga-jaga tanpa perlu menanggalkan fon telinga.

Satu lagi ciri Enco Air2 Pro yang patut kami tekankan adalah pembatalan hingar AI dwi mikrofon untuk panggilan yang membolehkan pengguna menikmati audio yang jelas semasa panggilan telefon.

Jangka Hayat Bateri

OPPO Enco Air2 Pro menawarksn sehingga 7 jam pengunaan tanpa bekas pengecasnya namun apabila digunakan bersama bekas pengecasan, fon telinga ini mampu menawarkan penggunaan sehingga 28 jam.

Ia juga menyokong pengecasan pantas, di mana 10 minit pengecasan akan mampu memberikan anda sehingga 2 jam waktu pendengaran manakala pengecasan penuh boleh dilakukan didalam masa 1.5 jam.

Walaupun jika kadar ANC diaktifkan, anda boleh menikmati 5 jam pendengaran tanpa bekas pengecasan atau sehingga 20 jam dengan bekas pengecasan.

Jumlah ini adalah lebih kurang sama dengan kebanyakkan TWS lain dipasaran.

Selain mod ANC, OPPO Enco Air2 Pro juga tampil dengan mod Ultra-Low Game Latency yang menawarkan kadar latensi audio serendah 94ms sahaja dan ini pasti memberikan anda pengalaman audio ketika gaming yang lebih baik.

Penutup

OPPO Enco Air2 Pro terbukti sebagai satu lagi TWS yang mampu menawarkan pengguna kualiti audio mudah alih dan ciri ANC pada harga lebih mesra poket.

Dengan reka bentuk unik dan banyak persamaan dengan TWS Enco X2 yang lebih premium, OPPO Enco X2 Pro adalah sebuah TWS yang berpotensi memberikan anda satu pakej TWS yang berbaloi untuk dimiliki.

OPPO Enco Air2 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 349.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.