Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Nord CE 2 Lite 5G kini di Malaysia – harga promosi RM 999 sahaja di Shopee

OnePlus Nord CE 2 Lite 5G yang dilancarkan bersama OnePlus Nord 2T 5G di Malaysia minggu lalu kini mula ditawarkan secara eksklusif di Shopee dan ianya akan ditawarkan pada harga RM 999 sahaja pada 19 Julai ini.

Terus ke spesifikasi, OnePlus Nord CE 2 Lite 5G hadir skrin paparan FHD+ LCD berukuran 6.59-inci yang memiliki kadar segar semula 120Hz.

OnePlus Nord CE 2 Lite 5G menggunakan cipset daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 695 dan ianya dipadankan dengan 6GB RAM dan storan dalaman 128GB namun terdapat slot microSD.

Pada bahagian kamera, OnePlus Nord CE 2  Lite 5G  mempunyai sensor utama 64MP, sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP.

OnePlus Nord CE 2 Lite turut disertakan dengan bateri berkapasiti 5000mAh bersama pengecasan pantas 33W SuperVOOC .

Selain itu, OnePlus Nord CE 2 Lite 5G juga mempunyai bicu audio 3.5mm, sokongan Dwi-SIM + microSD, OxygenOS 12.1 berasaskan Android 12 dan akan menerima 2 kemaskini Android serta tiga tahun kemaskini keselamatan.

OnePlus Nord CE 2 Lite 5G akan ditawarkan  didalam dua warna iaitu Blue Tide dan Black Dusk dan pembelian boleh dibuat di stor rasmi OnePlus Malaysia di Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.