Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 12S Ultra dilancarkan secara rasmi dengan teknologi kamera Leica dan Snapdragon 8+ Gen 1

Xiaomi 12S Ultra dilancarkan secara rasmi dengan teknologi kamera Leica dan Snapdragon 8+ Gen 1 9

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flagship Ultra terbaru mereka iaitu Xiaomi 12S Ultra yang hadir dengan teknologi kamera Leica dan cip Snapdragon terbaru Qualcomm.

Bercakap mengenai fokus utama telefon pintar ini iaitu kamera, Xiaomi 12S Ultra hadir dengan sensor utama wide-angle 50.3 MP Sony IMX989 yang mempunyai ukuran 1-inci dan merupakan sensor terbesar yang pernah digunakan pada telefon pintar.

Xiaomi 12S Ultra dilancarkan secara rasmi dengan teknologi kamera Leica dan Snapdragon 8+ Gen 1 10

Leica membawa kepakaran pengimejannya kepada Xiaomi 12S Ultra dari segi reka bentuk optik dan perisian pengimejan. Lensa utama ini adalah sebuah lensa 8P yang menangani isu seperti suar, penyimpangan kromatik dan ghosting.

Selain itu, dua lagi sensor kamera yang digunakan pada Xiaomi 12S Ultra adalah yang diwarisi dari Xiaomi Mi 11 Ultra iaitu sensor ultrawide 48MP Sony IMX586 dan sensor telefoto periskop 120mm.

Xiaomi 12S Ultra dilancarkan secara rasmi dengan teknologi kamera Leica dan Snapdragon 8+ Gen 1 11

Dari segi video, Xiaomi 12S Ultra merupakan telefon pintar Android pertama untuk menawarkan rakaman video Dolby Vision HDR.

Ke bahagian skrin, Xiaomi 12S Ultra memiliki skrin paparan Super AMOLED E5 berukuran 6.73-inci dengan AdaptiveSync Pro yang memberikan kadar segar semula dinamik antara 1Hz sehingga 120Hz.

Dalam pada itu, Xiaomi 12S Ultra juga memiliki bateri 4,860mAh dengan pengecasan pantas 67W dan 50W pengecasan tanpa wayar serta 10W pengecasan berbalik.

Xiaomi 12S Ultra dilancarkan secara rasmi dengan teknologi kamera Leica dan Snapdragon 8+ Gen 1 12

Seperti diumumkan sebelum ini, Xiaomi 12S Ultra juga memiliki cip Snapdragon 8+ Gen 1 , 2 pilihan RAM dan storan dalaman iaiti 8GB/256GB atau 12GB/512GB.

Xiaomi 12S Ultra juga memiliki sistem penyejukan 3D liquid cooling, pembesar suara stereo Harmon Kardon dengan Dolby Atmos, pensijilan IP68 dan MIUI 13 berasaskan Android 12.

Xiaomi 12S Ultra ditawarkan didalam dua warna iaitu Classic Black dan Verdant Green pada harga seperti berikut :

Xiaomi 12S Ultra 8/256GB – CNY 5,999 (RM 3,958)

Xiaomi 12S Ultra 12/256GB – CNY 6,499 (RM 4,288)

Xiaomi 12S Ultra 12/512GB – CNY 6,999 (RM 4,618)

Menyedihkan, Xiaomi telah mengesahkan Xiaomi 12S Ultra tidak akan memasuki pasaran antarabangsa.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.