Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 12S dan Xiaomi 12S Pro kini rasmi dengan Snapdragon 8+ Gen 1 dan kepakaran kamera Leica

Selain Xiaomi 12S Ultra, Xiaomi juga telah melancarkan dua lagi telefon pintar didalam siri flagship Xiaomi 12S Series iaitu Xiaomi 12S dan Xiaomi 12S Pro

Xiaomi 12S dan Xiaomi 12S Pro ini dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 sama seperti pada Xiaomi 12S Ultra.

Xiaomi 12S

Xiaomi 12S merupakan telefon pintar flagship kompak yang hadir dengan skrin paparan AMOLED FHD+ berukuran 6.28-inci dengan kadar segar semula 120Hz AdaptiveSync (bukan panel LTPO).

Skrin paparan ini juga memaparkan 68 bilion warna dengan kecerahan maksima sehingga 1,000 nits. Xiaomi 12S juga mempunyai sensor capjari terbina dalam skrin dan panel ini juga dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Victus.

Xiaomi 12S tampil dengan pemproses Snapdragon 8+ Gen 1 seperti pada Xiaomi 12 Pro dan ianya dipadankan dengan beberapa kapasiti RAM dan storan dalaman.

Beralih kepada kamera, Xiaomi 12S tampil dengan sensor utama 50MP Sony IMX 707, sensor ultrawide 13MP dan sensor 5MP tele-makro 50mm. Kamera selfie Xiaomi 12S adalah 32MP.

Bercakap mengenai bateri, Xiaomi 12S memiliki bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 67W dan pengecasan tanpa wayar 50W. Pengecasan ini juga dilengkapi teknokogi Xiaomi Adaptive Charging.

Xiaomi 12S juga mempunyai sistem penyejukan Master Cooling, antaramuka MIUI 13, Wi-Fi 6 dan 15 antena untuk isyarat rangkaian dan Wi-Fi yang lebih pantas dan stabil.

Xiaomi 12S akan bermula dari harga CNY 3,999.

Xiaomi 12S Pro

Xiaomi 12S Pro adalah flagship sebenar didalam Xiaomi 12 Series dan ianya tampil dengan skrin paparan 2K (WQHD+) berukuran 6.73-inci yang menggunapakai panel LTPO 2.0 dengan kadar segar semula AdaptiveSync Pro 120Hz dan dilapisi gelas Corning Gorilla Victus.

Skrin paparan ini juga mempunyai kadar kecerahan maksima 1,500nits,

Xiaomi 12S Pro juga hadir dengan pemproses Snapdragon 8+ Gen1 yang ditawarkan dengan 8GB/12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Pada bahagian kamera, Xiaomi 12S Pro memiliki tiga sensor iaitu sensor utama 50MP Sony IMX707, sensor telefoto 50MP dan sensor ultrawide 50MP dengan 115⁰ FOV. Semua sensor ini juga menyokong mod malam dan rakaman video 4K 60fps.

Xiaomi 12S Pro juga memiliki teknologi pemfokusan pantas terbaru yang dibangunkan oleh syarikat ini iaitu CyberFocus.

Bateri yang dimiliki Xiaomi 12S Pro adalah 4,600mAh dengan pengecasan pantas 120W dan terdapat juga sokongan pengecasan tanpa wayar 50W. Xiaomi juga menyertakan cip Surge P1 untuk menguruskan tenaga pengecasan.

Xiaomi 12S Pro akan ditawarkan pada harga dari CNY 4,699.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.