Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT2 Explorer Master akan dilancarkan 12 Julai ini – reka bentuk telah didedahkan

realme GT2 Explorer Master akan dilancarkan 12 Julai ini - reka bentuk telah didedahkan 7

realme GT2 Explorer Master akan dilancarkan secara rasmi pada 12 Julai ini dan telefon pintar ini telah disahkan akan hadir dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1.

Selain itu, realme hari ini telah mendedahkan reka bentuk panel belakang telefon pintar ini yang dihasilkan oleh pereka fesyen Jae-Jun dan ini merupakan kerjasama pertama dengan beliau.

realme GT2 Explorer Master akan dilancarkan 12 Julai ini - reka bentuk telah didedahkan 8

rekaan istimewa realme GT2 Explorer Master ini adalah berinspirasikan reka bentuk Travel Trunk yang unik dan klasik yang mencerminkan gaya hidup luar bandar yang disukai oleh generasi muda.

realme GT2 Explorer Master akan dilancarkan 12 Julai ini - reka bentuk telah didedahkan 9

Selain itu, penyenaraian di TENAA juga mendedahkan bahawa telefon pintar ini hadir dengan skrin paparan berukuran 6.7-inci, bateri 5,000mAh dan dua varian yang menawarkan pengecasan pantas 100W dan 150W.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.