Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI FreeBuds SE dan Band 7 kini di Malaysia – dari RM 199

HUAWEI telah mengumumkan penawaran istimewa pra-jualan yang membolehkan anda memiliki HUAWEI FreeBuds SE dan HUAWEI Band 7 pada harga yang lebih berpatutan.

HUAWEI FreeBuds SE

HUAWEI FreeBuds SE ialah fon telinga Bluetooth True Wireless Stereo (TWS) terbaharu syarikat bertujuan untuk membawa pengalaman ringan yang komprehensif dan dipertingkatkan kepada pengguna yang mencuba fon telinga TWS buat kali pertama, memberikan mereka kawalan intuitif dan sambungan yang lebih pintar.

HUAWEI FreeBuds SE ditawarkan didalam dua warna iaitu Turquoise Blue dan Pearl White dimana TWS ini juga menawarkan jangka hayat bateri sehingga 24 jam apabila digunakan bersama bekas pengecasan.

Selain itu, HUAWEI FreeBuds SE juga dilengkapi ciri environmental noise cancellation (ENC) yang mampu menyingkirkan bunyi bising dengan berkesan.

HUAWEI FreeBuds SE akan ditawarkan pada harga RM 199.

HUAWEI Band 7

HUAWEI Band 7 hadir dengan skrin AMOLED berukuran 1.47-inci dengan pelbagai pilihan Watch Face yang bergaya.

Selain itu, HUAWEI Band 7 juga membawakan sokongan 96 aktiviti kecergasan, bacaan degupan jantung, perekod tidur dan bacaan SpO2.

HUAWEI Band 7 ini juga mempunyai 14 hari jangka hayat bateri dan ianya juga kalis air 5ATM.

HUAWEI Band 7 akan ditawarkan pada harga RM 219.

Harga dan Promosi

Dapatkan HUAWEI FreeBuds SE pada harga RM169 sahaja (RRP:RM199) dengan membuat bayaran pendahuluan RM16.90 semasa tempoh pra-jualan (dari 25 Jun hingga 7 Julai)*

Lengkapkan baki bayaran RM152.1 pada 7 Julai 2022 untuk menikmati pembelian pada harga diskaun.

Pengguna juga boleh mendapatkan HUAWEI Band 7 baharu pada harga RM169* sahaja (RRP:RM219) dengan mengikuti langkah mudah di bawah:

Buat pesanan dengan bayaran RM16.90 semasa tempoh pra-jualan (dari 25 Jun hingga 7 Julai)*

Lengkapkan baki bayaran RM152.1 pada 7 Julai 2022.

 

Beli poduk terbaru HUAWEI ini di :

HUAWEI FreeBuds SE

Laman sesawang rasmi HUAWEI

HUAWEI Official Store di Shopee

HUAWEI Flagship Store di Lazada

HUAWEI Band 7

Laman sesawang rasmi HUAWEI

HUAWEI Official Store di Shopee

HUAWEI Flagship Store di Lazada

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.