Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung lancar sensor 200MP ISOCELL HP3

Samsung secara rasminya telah memperkenalkan sensor kamera terbaru mereka iaitu 200MP ISOCELL HP3 yang hadir dengan piksel 0.56μm yang paling kecil dipasaran.

Sensor 200MP ISOCELL HP3 mempunyai saiz piksel yang 12% lebih kecil berbanding sensor 0.64μm sebelum ini.

Selain itu, modul sensor 200MP ISOCELL HP3 ini adalah 20% lebih kompak yang membolehkan profil telefon pintar yang menggunakan sensor ini lebih nipis.

Satu lagi ciri terbaru sensor 200MP ISOCELL HP3 ini adalah teknologi pemfokusan auto Super QPD yang bermaksud kesemua pikel pada sensor dilengkapi dengan kebolehan pemfokusan auto.

Selain itu, sensor ini juga menyokong rakaman video 8K pada kadar 30fps atau 4K pada kadar 120fps.

Sensor 200MP ISOCELL HP3 dijangka akan mula digunakan pada telefon pintar tidak lama.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.