Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ASUS ROG Phone 6 disahkan kalis air IPX4 – telefon pintar gaming pertama dengan ciri ini

ASUS ROG Phone 6 disahkan kalis air IPX4 - telefon pintar gaming pertama dengan ciri ini 3

Telefon pintar gaming terbaru ASUS iaitu ROG Phone 6 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Julai ini dan maklumat terbaru mengenai telefon pintar ini yang didedahkan oleh syarikat ini adalah ianya menjadi telefon pintar gaming pertama didunia untuk memiliki pensijilan kalis rintangan air IPX4.

Selain daripada pengesahan ini, ROG Phone 6 juga telah disahkan akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1+, skrin paparan AMOLED 165Hz dan sistem penyejukan yang lebih baik.

Majlis pelancaran ASUS ROG Phone 6 Series boleh disaksikan secara langsung pada 5 Julai ini bermula jam 8 malam di Facebook ASUS Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.