Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO A57 kini di Malaysia pada harga RM 699 sahaja

OPPO secara rasminya telah mula menawarkan OPPO A57 di Malaysia, sebuah telefon pintar kelas entry-level yang tampil dengan reka bentuk OPPO Glow pada harga RM 699 sahaja.

OPPO A57 menampilkan rangka 2D yang memberikan kemasan nipis 7.9mm dan ianya juga mempunyai pensijilan kalis rintangan air IPX4.

OPPO A57 memiliki skrin paparan HD+ berukuran 6.56-inci dengan ciri All-Day Eye Comfort dan terdapat juga pembesar suara stereo Ultra-Linear.

Pada bahagaian dalaman, OPPO A57 dilengkapi cip MediaTek G35, 4GB RAM dan storan dalaman 64GB serta Extended RAM yang memberikan tambahan 4GB RAM.

Ke bahagian kamera, OPPO A57 memiliki sensor utama 13MP + 2MP sensor monokrom. Kamera selfie adalah 8MP.

Selain itu, OPPO A57 juga dilengkapi bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 33W SUPERVOOC yang memberikan 50% pengecasan didalam masa 30 minit sahaja.

OPPO A57 kini ditawarkan untuk pembelian pada harga RM 699 dan terdapat dua pilihan warna iaitu Glowing Green dan Glowing Black.

Beli OPPO A57 di SINI

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.