Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT Neo 3 kini rasmi di Malaysia – harga promosi RM 1,799 sahaja

realme GT Neo 3 kini rasmi di Malaysia - harga promosi RM 1,799 sahaja 3

realme secara rasminya telah melancarkan realme GT Neo 3 pada harga RM 2,099 namun ianya akan ditawarkan pada harga promosi dari 15 Jun hingga 17 Jun ini.

realme GT Neo 3  hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.7-inci yang mempunyai resolusi FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Paparan ini juga menyokong kandungan HDR10+ dan ianya mempunyai cipset paparan khas untuk mengstabilkan kadar bingkai pada permainan video dan mengurangkan penggunaan tenaga.

Selain itu, realme GT Neo 3 hadir dengan cip 5nm MediaTek Dimensity 8100 yang disertakan bersama RAM jenis LPDDR5 iaitu 8GB dan storan dalaman 256GB (UFS 3.1) . Ianya turut disertakan dengan realme UI 3.0 yang berasaskan Android 12.

Selain itu, realme GT Neo 3 juga memiliki sensor 50MP Sony IMX 766 yang mempunyai OIS dan ianya juga disertakan dengan sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

realme GT Neo 3  bagi memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dan ianya  disertakan dengan pengecasan pantas 80W yang membolehkan pengecasan penuh dilakukan didalam masa 32 minit sahaja.

Selain itu, realme juga menyertakan teknologi perlindungan bateri Ultra Battery Protection yang memastikan kapasiti bateri akan kekal pada kadar 80% walaupun selepas 1,000 kitaran pengecasan.

realme GT Neo 3 ditawarkan didalam warna Silverstone Silver dan Le Mans Blue pada harga RM 2,099 namun ianya akan dijual pada harga RM 1,799 dari 15 Jun sehingga 17 Jun di realme Global Store di Lazada ( percuma realme Q2s Buds bagi 100 pembeli pertama).

Jualan offline di semua realme Brand Store akan bermula pada 18 Jun pada harga RM 2,099

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.