Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ROG Zephyrus G14 dan ROG Zephyrus G15 kini rasmi di Malaysia- harga dari RM 7,999

Selain ROG Zephyrus Duo 16 (2022), Asus Malaysia juga telah melancarkan ROG Zephyrus G14 & G15 (2022) untuk pasaran tempatan.

Asus ROG Zephyrus G14 didatangkan dengan Windows 11, CPU AMD Ryzen 9 Series dan GPU AMD Radeon RX 6000S Series serta MUX Switch untuk prestasi cemerlang dan kadar bingkai terbaik

Selain itu, ROG Intelligent Cooling dengan logam cecair dan ruang wap memastikan prestasi stabil yang cemerlang , dan ianya juga disertakan dengan RAM DDR5 dan 1 TB PCIe SSD yang membolehkan anda melakukan pelbagai tugas responsif.

Bahagian luar komputer riba ini juga mempunyai 14,969 lubang CNC dengan 1,449 LED mini yang dikenali paparan AniMe Matrix —

Asus ROG Zephyrus G14G14 juga merupakan antara komputer riba ROG pertama yang menampilkan paparan Nebula serba baharu ROG, yang menawarkan 120 Hz pada resolusi QHD dengan 500 nits kecerahan puncak, liputan 100% gamut warna DCI-P3, dan tindak balas 3 ms — dengan pengesahan Dolby Vision, Adaptive-Sync dan Pantone Validated.

Paparan pada komputer ini mempunyai nisbah kepada 16:10, yang meningkatkan keluasan skrin tanpa mengorbankan kemudahalihan, kerana bezel kecilnya yang membolehkanya memiliki nisbah skrin kepada badan 91%.

Dolby Atmos, mikrofon 3D dengan AI Noise Cancelation dua hala dan WiFi 6E yang sangat pantas.

Berikut adalah harga ASUS ROG Zephyrus G14 di Malaysia :

ASUS ROG Zephyrus G14 – GA402R-KL8201W

  • CPU: AMD Ryzen 7 6800HS
  • GPU: Radeon RX 6800S 8GB GDDR6
  • Panel: 14″ 16:10 QHD 120Hz
  • RAM: 32GB DDR5-4800
  • Storan : 1TB M.2 NVMe  PCIe 4.0 SSD
  • Bundle: ROG Chakram Core mouse, TYPE-C 100W AC Adapter
  • Harga RM 9,999

ASUS ROG Zephyrus G14 – GA402R-JL8173W (Moonlight White) & GA402R-JL8174W (Eclipse Gray)

  • CPU: AMD Ryzen™ 7 6800HS
  • GPU: Radeon™ RX 6700S 8GB GDDR6
  • Panel: 14″ 16:10 QHD 120Hz
  • RAM: 16GB DDR5-4800
  • Storan: 1TB M.2 NVMe™ PCIe® 4.0 SSD
  • Bundle: ROG Impact Gaming Mouse, TYPE-C 100W AC Adapter
  • Harga RM 8,499

Maklumat lanjut di https://rog.asus.com/my/laptops/rog-zephyrus/rog-zephyrus-g14-2022-series/

Turut dilancarkan bersama ROG Zephyrus G14 ialah ASUS ROG Zephyrus G15 dengan pelbagai peningkatan untuk 2022.

ASUS ROG Zephyrus G15 dilengkapi dengan sehingga AMD Ryzen 9 6900HS, dan kedua-duanya menggunakan GPU NVIDIA GeForce RTX 3070 Ti Laptop.

ASUS ROG Zephyrus G15 menampilkan penambahbaikan ROG terkini, termasuk MUX Switch khusus untuk peningkatan prestasi grafik, serta memori DDR5 4800Mhz dan sokongan WiFi 6E.

ASUS ROG Zephyrus G15 – GA503R-WLN102W

  • CPU: AMD Ryzen 7 6800HS
  • GPU: RTX 3070 Ti 8GB GDDR6
  • Panel: 15.6″ 16:10 QHD 240Hz
  • RAM: 32GB DDR5-4800
  • Storan: 1TB M.2 NVMe PCIe 4.0 SSD
  • Bundle: ROG Chakram Core mouse, TYPE-C 100W AC Adapter
  • Harga RM 9,999

ASUS ROG Zephyrus G15 – GA503R-MHQ138W (Moonlight White) & GA503R-MHQ139W (Eclipse Gray)

  • CPU: AMD Ryzen 7 6800HS
  • GPU: RTX 3060 6GB GDDR6
  • Panel: 15.6″ 16:10 QHD 165Hz
  • RAM: 16GB DDR5-4800
  • Storan: 1TB M.2 NVMe PCIe 4.0 SSD
  • Bundle: TYPE-C 100W AC Adapter
  • Harga RM 7,999

Maklumat lanjut di https://rog.asus.com/my/laptops/rog-zephyrus/rog-zephyrus-g15-2022-series/

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.