Poco F4 5G akan memiliki 12GB RAM dan storan dalaman 256GB
Poco sebelum ini telah mengesahkan pelancaran global Poco F4 5G akan berlangsung tidak lama lagi dan pengesahan terbaru mengenai telefon pintar ini adalah ianya akan memiliki 12GB RAM dan 256GB storan dalaman.
Sebelum ini, Poco telah mengesahkan Poco F4 5G akan dijana dengan cip Snapdragon 870 dan RAM jenis LPDRR5 dan storan UFS 3.1 serta sistem penyejukan LiquidCool 2.0.
Dalam pada itu, walaupun mengesahkan penawaran varian 12GB RAM dengan storan dalaman 256GB, Poco F4 5G juga dijangka akan ditawarkan didalam satu lagi varian yang lebih murah.
Setakat ini, Poco belum mengesahkan bila pelancaran global Poco F4 5G ini akan berlangsung.