Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT Neo 3 Naruto Edition disahkan tidak akan memasuki pasaran Malaysia

realme Malaysia telah mengadakan satu majlis media yang memberikan para media tempatan previu awal kepada realme GT Neo 3 yang akan dilancarkan di Malaysia pada 15 Jun ini.

Walaupun tidak mendedahkan maklumat harga, realme GT Neo 3 adalah antara telefon pintar yang dinantikan khususnya kerana reka bentuk yang menarik dan spesfikasi yang lebih premium.

realme GT Neo 3 akan hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.7-inci yang mempunyai resolusi FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, cip MediaTek Dimensity 8100, 8GB RAM dengan storan dalaman 256GB.

Selain itu, realme GT Neo 3 juga memiliki sensor 50MP Sony IMX 766 yang mempunyai OIS dan ianya juga disertakan dengan sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

realme GT Neo 3 bagi pasaran Malaysia akan memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dan ianya  disertakan dengan pengecasan pantas 80W

realme GT Neo 3 akan ditawarkan didalam warna Silverstone Silver dan Le Mans Blue.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan realme GT Neo 3 Naruto Edition, pihak realme Malaysia telah mengesahkan edisi khas ini tidak akan memasuki pasaran Malaysia didalam waktu terdekat.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.