Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT 2 Pro warna Paper Green kini di Malaysia – RM 2,999

realme GT 2 Pro warna Paper Green kini di Malaysia - RM 2,999 7

 realme GT 2 Pro telah dilancarkan di Malaysia pada bulan Mac yang lalu pada harga RM 2,999 dan kini terdapat juga pilihan warna baharu iaitu Paper Green.

realme GT 2 Pro tampil reka bentuk khas berasaskan bahan belakang polimer berasaskan bio yang memberikan rasa seperti kertas dan ianya adalah kali pertama digunakan dipasaran.

reka bentuk ini telah dibangunkan oleh Naoto Fukusawa bersama realme Design Studio yang menawarkan kekuatan struktur sama seperti bahan fosil namun lebih mesra alam.

realme GT 2 Pro warna Paper Green kini di Malaysia - RM 2,999 8

realme GT 2 Pro tampil dengan skrin paparan LTPO 2.0 AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi QHD+ dan kadar segar semula adaptive 1-120Hz serta kadar pensampelan sentuhan 1,000Hz. Panel ini adalah 50% lebih cekap tenaga,sokongan 10bit warna, pensjilan HDR10+ dan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus.

realme GT 2 Pro warna Paper Green kini di Malaysia - RM 2,999 9

realme GT 2 Pro hadir dengan pemproses Snapdragon 8 Gen1 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Hanya varian ini akan ditawarkan di Malaysia.

realme GT 2 Pro hadir dengan dua sensor 50MP iaitu sensor utama Sony IMX766 yang mempunyai OIS dan 1.0µm piksel serta sensor ultrawide Samsung JN1 150°. realme GT 2 Pro juga mempunyai sensor mikroskop pada jarak sedekat 40x.

realme GT 2 Pro juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 65W dan hadir dengan realme UI 3.0 yang berasaskan Android 12.

Berikut adalah harga realme GT 2 Pro di Malaysia.

realme GT 2 Pro 12/256GB – RM 2,999

Beli realme GT 2 Pro Paper Green di semua realme Brand Store dan Authorised Store.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.