Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Black Shark 5 Pro dengan skrin 144Hz dan Snapdragon 8 Gen 1 kini di Malaysia – dari RM 3,699

Black Shark 5 Pro dengan skrin 144Hz dan Snapdragon 8 Gen 1 kini di Malaysia - dari RM 3,699 9

Black Shark secara rasminya telah melancarkan Black Shark 5 dan Black Shark 5 Pro untuk pasaran Malaysia dan ianya menjadi pasaran global pertama untuk menerima telefon pintar ini.

Model paling mencuri tumpuan adalah Black Shark 5 Pro yang hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1.

Black Shark 5 Pro dengan skrin 144Hz dan Snapdragon 8 Gen 1 kini di Malaysia - dari RM 3,699 10

Black Shark 5 Pro

Black Shark 5 Pro merupakan model paling atas yang dilancarkan dan ianya dilancarkan dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 yang dipadankan dengan 12GB atau 16GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman 256GB jenis UFS 3.1.

Cip ini juga disertakan dengan dua ruang wap 4,323 mm² dan 997 mm².

Xiaomi Black Shark 5 Pro hadir dengan skrin paparan 6.67-inci yang merupakan panel 10-bit yang menyokong HDR10+ dan gamut warna DCI-P3. Skrin ini juga menyokong kadar segar semula 144Hz dan kadar pensampelan sentuhan 720Hz serta butang magnetik pada sisi.

Beralih kepada bateri, Black Shark 5 Pro hadir dengan bateri berkapasiti 4,650mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W yang membolehkan kapasiti penuh dicapai didalam masa 15 minit sahaja.

Selain itu, Black Shark 5 Pro juga mempunyai dua pembesar suara yang telah dinobatkan telefon pintar dengan sistem audio terbaik DxOMark dengan 86 mata dan terdapat X-axis linear motor untuk tindak balas haptik yang lebih baik.

Akhir sekali, Black Shark 5 Pro memiliki sensor utama 108MP 1/1.52”, sensor ultrawide 13MP 120° dan sensor telefoto 5MP.

Black Shark 5 Pro dengan skrin 144Hz dan Snapdragon 8 Gen 1 kini di Malaysia - dari RM 3,699 11

Black Shark 5 Pro dengan skrin 144Hz dan Snapdragon 8 Gen 1 kini di Malaysia - dari RM 3,699 12

Black Shark 5 Pro akan ditawarkan mulai 8 Jun pada harga seperti berikut.

Black Shark 5 Pro 12GB + 256GB: RM 3,699 Black Shark 5 Pro16GB + 256GB: RM 3,999

Dapatkan Black Shark 5 Pro di :

Black Shark 5 Pro:-

Shopee: https://bit.ly/3NePTUv

Lazada: https://bit.ly/3m9uakP

TikTok: https://bit.ly/3Q9Y8mK

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.